Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pakar Psikologi Klinikal dan Pengarah CPC International, Dr. Noor Aishah Rosli menjelaskan tabiat membuli boleh dikenal pasti melalui tiga peringkat iaitu pasif, asertif dan agresif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tabiat membuli dalam kalangan pelajar boleh dikenalpasti melalui tiga peringkat iaitu pasif, asertif dan agresif.
00:08Menurut Pakal Psikologi Klinikal dan Pengarah CPC International Dr. Nur Aisyah Rosli,
00:15ibu bapa perlu memahami tiga peringkat tingkah laku tersebut bagi membolehkan mereka memberi pendedahan awal kepada anak-anak
00:21sekaligus membantu mencegah tindakan agresif yang boleh membawa kepada perbuatan membuli.
00:30Tambah beliau, masih ramai ibu bapa menggunakan pendekatan lama yang bersifat kasar atau agresif ketika mendidik anak.
00:36Kaedah itu jelasnya secara tidak langsung menjadi cerminan kepada perilaku sosial anak-anak dalam kehidupan saharan mereka.
00:43Kita mengajar anak kita jadi agresif dan itu adalah nilai-nilai yang negatif sebab itu mungkin tak habis.
00:49Dan saya berantai lagi sama sekarang. Kita tak ajar anak kita defend dengan cara asetif yang positif.
00:54Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan awal ini pagi pada Jumat bagi membincangkan kepentingan pendekatan 360 darjah terhadap isu buli.
01:05Selain itu, Dr. Nur Aisyah turut menyuruh ibu bapa membina hubungan yang baik dengan anak-anak walaupun perlu bertegas dalam hal tertentu
01:11demi memastikan proses pembesaran yang lebih sehat.
01:14Beliau turut mencadangkan agar ibu bapa mengadakan pertemuan mata ke mata dengan anak-anak
01:19untuk meningkatkan kemampuan mengenal pasti masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian.
01:25Dalam pada itu, Dr. Nur Aisyah mengulas mengenai penggunaan rotan oleh guru di sekolah.
01:28Menurutnya, penggunaan rotan masih relevan namun hanya wajar dilakukan dalam keadaan mendesak dan tidak dilakukan di kalayak ramai.
01:36Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended