Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Calon BN bagi kerusi DUN Kukusan, Chaya Sulaiman optimis peluang kemenangannya semakin cerah selepas melihat peningkatan ketara sokongan pengundi sejak hari pertama berkempen.
Transcript
00:00Sementara itu, calon Barisan Nasional BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Don Kukusan, Cahaya Sulaiman optimis peluang kemenangannya semakin cerah selepas melihat peningkatan ketara sokongan pengundi sejak hari pertama berkempen.
00:13Ujarnya momentum kempen selama lima hari jelas menunjukkan perubahan arus sokongan di lapangan apabila BN menerima respons positif daripada pengundi di pelbagai peringkat usia.
00:24Cahaya optimis golongan muda kini semakin terbuka untuk kembali memberi mandat kepada BN pada PRN Sabah ke-17.
00:34Setelah lima hari berkempen selepas penaman calon, saya nampak bila kita nampak calon yang bertanding ada 10 penjuru dan saya rasa potensi untuk menang ada.
00:47Cuma perlukan sedikit kerja keras ya. InsyaAllah selama lima hari berkempen ini kita nampak sambutan sama ada daripada 40 tahun ke atas dan anak-anak muda.
01:01Kita nampak sokongan anak muda ada kepada Barisan Nasional. Walaupun mereka anak muda tapi mereka ada keyakinan kepada Barisan Nasional untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada kali ini.
01:17Mengulas mengenai kekalahannya pada PRN 16 tahun 2020 yang tewas hanya 10 undi kepada Datuk Rina Jainal, Cahaya berkata faktor pandemik COVID-19 ketika itu memberi kesan besar terhadap penyokongnya keluar mengundi.
01:30Kalau kita lihat dulu itu time COVID-19 kan ada mungkin ada pengundi-pengundi yang sudah kita kategorikan sebagai penyokong tapi tidak dapat turun mengundi.
01:42Jadi mungkin kekalahan itu adalah disebabkan ada beberapa orang mungkin pengundi-pengundi kita tidak dapat bersama-sama kita atas kekangan COVID-19.
01:53Tapi Alhamdulillah insyaAllah pada kali ini kita boleh bila kita nampak sokongan daripada hari ke hari kita nampak sokongan pengundi itu ada.
02:06InsyaAllah kalau kita bekerja keras kita dapat menyantuni lebih ramai lagi pengundi-pengundi insyaAllah mungkin kita boleh menang pada kali ini.
02:17Dalam hal itu Cahaya turut menggariskan beberapa aspirasi untuk kukusan sekiranya diberi mandat pada 29 November ini antaranya menjadikan kawasan itu sebagai hak pendidikan dan pelancongan baharu.
02:28Beliau berkata kawasan kalabakan dan kukusan mempunyai keluasan tanah serta potensi perbangunan yang besar sekaligus membuka ruang membawa institusi pendidikan tinggi seperti College Community atau Universiti Teknologi Mara UITM ke kawasan tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

1:35:58
Up next