Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.3% pada Oktober 2025, lebih rendah berbanding 1.9% pada September. Penurunan didorong oleh harga makanan dan perumahan yang meningkat lebih perlahan, serta pengangkutan yang mencatatkan kadar negatif.
Transcript
00:00Inflasi Malaysia menyerdahana kepada 1.3% pada Oktober 2025 berbanding 1.5% pada September.
00:09Menurut Jabatan Perangkat Malaysia, DOSEM, penurunan ini dipacu kenaikan lebih perlahan kumpulan makanan dan minuman serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.
00:21Kumpulan pengangkutan mencatatkan penurunan kepada negatif 0.1% kesan pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95, Budi95 yang mengekalkan harga pada RM1.99 seliter.
00:39Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Muhammad Uzir Mahidin, 60% item merekodkan kenaikan harga.
00:46Namun daripada jumlah tersebut, 335 item mencatatkan peningkatan kurang atau sama dengan 10% manakala hanya 9 item merekodkan kenaikan melebihi 10% pada Oktober 2025.
01:01Tambahnya 6 negeri merekodkan peningkatan inflasi melebihi paras nasional 1.3% iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Terengganu.
01:14Manakala, baki 10 negeri meningkat di bawah dan sama dengan paras inflasi nasional dengan Kelantan merekodkan inflasi terendah 0.1% pada Oktober 2025.
01:27Malaysia kekal antara negara dengan inflasi rendah di rantau ini lebih rendah berbanding Vietnam dengan 3.3%, Indonesia 2.9% dan Korea Selatan 2.4%.
01:41Bagaimanapun ia lebih tinggi berbanding China dengan 0.2% dan Thailand negatif 0.8%.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended