Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd, Datuk Hasan Azhari Idris, pengiktirafan diberikan khusus kepada pelabur dengan nilai pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, yang kini menjadi tonggak utama pemacuan ekonomi Selangor.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selangor meraihkan pelabur domestik dan asing serta para pemegang taruh utamanya atas sumbangan mereka kepada prestasi ekonomi negeri yang kukuh menerusi penganjuran Selangor Investors Appreciation Awards SIAA 2023-2024.
00:15Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Dato' Hassan Azhari Idris berkata pengitirafan diberikan kepada pelabur dengan nilai pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan sekaligus menonjolkan peranan kedua-dua sektor ini sebagai tonggak utama pemacuan ekonomi negeri.
00:33Kita memilih dari segi pelaburan tertinggi di sektor perkilangan dan juga sektor perkhidmatan dan juga kita turut memberikan pengitirafan kepada pemaju kawasan perindustrian yang berkonsepkan baru which is Managed Industrial Park.
00:54So itulah tujuan ataupun objektif majlis ini diadakan to acknowledge their contributions to the selangor ekonomi growth.
01:07Fokus seterusnya akan tertumpu ke arah sektor pembuatan berteknologi maju advanced manufacturing seperti elektrik dan elektronik, ero angkasa, automotif, serta jentera dan peralatan.
01:18Bagi sektor perkhidmatan pula, tumpuan akan diberikan kepada perkhidmatan perniagaan global, logistik dan segmen berasaskan pengetahuan lain,
01:24yang mampu mengangkat selangor sebagai hak perniagaan surantau.
01:28Hassan Azhari berkata selangor telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran ekonomi global termasuk kesan pasca pandemik COVID-19,
01:35ketegangan geopolitik yang berterusan, ketidaktentuan perdagangan serta tekanan inflasi global yang masih tinggi.
01:41Menurutnya, meskipun berdepan pelbagai rintangan, selangor terus menunjukkan daya tahan dan keupayaan menyesuaikan diri,
01:48sekaligus kekal menarik pelaburan berkualiti, mengekalkan pertumbuhan sektor perindustrian,
01:52serta mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemacu utama kemakmuran ekonomi Malaysia.
01:57Katanya, dengan sokongan dan keyakinan padu daripada para pelabur,
02:00selangor berjaya mencatat kebajuan yang meberangsangkan dari segi pertumbuhan pelaburan
02:04sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.
02:07Beliau memberitahu pada 2023, negeri ini merekodkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM55.3 bilion
02:14walaupun berdepan cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global.
02:18Tambah beliau, momentum kuku ini diteruskan pada 2024 apabila selangor mencapai satu pencapaian luar biasa
02:23sebagai destinasi pelaburan nombor satu negara.
02:26Ini menjadikannya negeri pertama melepasi para RM100 bilion pelaburan yang diluluskan
02:31dengan jumlah keseluruhan RM101.1 bilion hampir dua kali ganda prestasi tahun sebelumnya.
02:38Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Selangor,
02:40Datuk Sri Amiruddin Syahrim,
02:42SKU Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Selangor,
02:44Engzihan,
02:46serta SKU Halawal Agama Islam dan Inovasi Budaya Selangor,
02:49Muhammad Famingah.
02:50Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended