Insiden kecurian kabel di sepanjang rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyebabkan kelewatan masa operasi keseluruhan selama 562 jam bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) pada tahun ini, manakala 741 jam bagi perkhidmatan KTM Komuter.
00:00Seterusnya, insiden kecurian kabel di sepanjang rangkaian kereta api Tanah Melayu Berhad KTMB menyebabkan kelewatan masa operasi keseluruhan selama 562 jam bagi perkhidmatan tren elektrik ETS pada tahun ini, manakala 741 jam bagi perkhidmatan KTM komuter.
00:19Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Locke, kecurian kabel memberi impak kepada gangguan sistem persemboyanan KTMB yang mengawal pergerakan tren seterusnya membawa kesan kelewatan operasi dan kerugian masa kepada penumpang.
00:36Bagaimanapun katanya insiden itu tidak menyebabkan kelewatan bagi perkhidmatan antara bandar.
00:42Locke memaklumkan dari Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 104 kes kecurian kabel dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur, manakala tiada kes direkodkan bagi Perlis, Melaka, Johor dan Kelantan.
00:58Sepanjang tahun lalu, sebanyak 150 kes kecurian kabel dilaporkan.
01:02Katanya, KTMB mengambil tindakan segera bagi menengani isu insiden kecurian kabel termasuk menggerakkan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan agensi pengangkutan seperti Polis Diraja Malaysia PDRM, Agensi Antidadah Kebangsaan AADK serta Agensi Pengangkutan Awam Darat APAD.
01:19Tambah beliau, antara tindakan berkenaan adalah operasi khas dan rondaan 24 jam oleh anggota polis bantuan KTMB di kawasan Hotspot, terutama di sekitar Lembah Kelang dan usaha akan diteruskan dengan memperkukuh rondaan bersama PDRM.
01:33Selain itu, risikan dan intipan di lokasi berisiko tinggi termasuk usaha membantra sindiket pasaran gelap Logam bersama PDRM.
01:40Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
01:43Beliau menjawab soalan Ali Parlimen Kampar, Chong Zemin mengenai jumlah insiden kecurian kabel mengikut negeri, membabitkan perkhidmatan KTM, impaknya dalam jumlah kerugian masa oleh pengguna dan tindakannya diambil untuk menengani masalah itu.
Be the first to comment