00:00Pihak berkuasa arm bagi statistik Arab Saudi Gastad mengumumkan statistik umrah bagi suku kedua untuk tahun 2025 menunjukkan sejumlah 5,443,393 jemaah umrah dari dalam dan luar negara.
00:15Daripada jumlah itu, 3,352,506 ialah lelaki atau 61.6% dan 2,090,887 ialah wanita ataupun 38.4%.
00:31Laporan itu menunjukkan bahawa lebih 1.09 juta jemaah tempatan menunaikan umrah dalam tempoh berkenaan mewakili 48.4% daripada keseluruhan jemaah.
00:43Bagi sementara itu, bilangan jemaah yang tiba dari luar negara lebih 1.32 juta termasuk 653,513 lelaki dan 670,905 wanita.
00:57Dari segi pintu masuk, 71.6% jemaah luar tiba melalui udara, 28.2% melalui darat dan 0.2% melalui laut.
01:07Statistik umrah dikeluarkan secara berkala dan menyediakan data tepat mengenai bilangan jemaah umrah dan pelawat dari dalam serta luar negara.
01:16Sekaligus, menjadi rujukan penting dalam menyokong dasar dan perancangan berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah.
Be the first to comment