Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof dr Mohamad Fazli Sabri menegaskan finfluencer tidak berlesen boleh mengundang risiko penipuan pelaburan, terutama kepada golongan rentan. Ketahui syarat lesen, peranan penguatkuasaan dan langkah perlindungan pelabur.
00:00Pempengaruh kewangan atau finfluencer yang tidak memiliki lesen sah dinasihatkan agar tidak memberi nasihat pelaburan secara spesifik kerana ia boleh mengundang risiko besar kepada pelabur, khususnya golongan rentan.
00:14Menurut Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia UPM, Prof. Fazli Sabri, golongan berpendapatan rendah dan kurang berpengetahuan kewangan adalah paling terdedah kepada kerugian atau penipuan pelaburan dalam talian.
00:30Ujah beliau, situasi ini perlu dibendung segera kerana ia melibatkan keselamatan kewangan masyarakat, memberi panduan umum tentang simpanan tidak menyebabkan masalah namun memberi nasihat pelaburan spesifik tanpa lesen merupakan satu kesalahan.
00:45Katanya, kebebasan finfluencer untuk meningkatkan literasi kewangan rakyat masih wujud selagi kandungan yang dikongsi berbentuk panduan umum dan bukan nasihat pelaburan spesifik.
00:54Tapi saya lebih suka mencadangkan bahawa adalah sewajar sebaiknya sebab kalau kita tengok beberapa negara-negara yang dikira sebagai contohnya, Singapura, US, UK, mereka juga telah memperuntukkan undang-undang untuk menghalang finfluencer yang tidak kompeten dari segi memberi maklumat berkaitan dengan kita kata pelaburan dan sebagainya.
01:19Sebab kita harus faham bahawa bila kita cakap tentang soal ini, di Malaysia kita ada dua ya, kita ada dua lisens utama sebagai contoh kita cakap di Suranjaya Security ini kena ada dari segi nasihat pelaburan, kena ada Capital Market Services Representative Lisens ataupun kita kata CMSRL.
01:37Kemudian kita juga ada lisens daripada BNM dan utamanya sekiranya mereka terlibat dari segi untuk memberi nasihat dan juga produk.
01:43Suranjaya Security Malaysia SC sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang memberi nasihat pelaburan tanpa lesen boleh dikenakan denda sehingga RM10 juta atau hukuman penjara selama 10 tahun.
01:56Pelabur disaran supaya sentiasa melakukan semakan teliti sebelum menerima sebarang nasihat kewangan.
02:01Maklumat yang diterima perlu disahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan keputusan pelaburan yang merugikan.
02:07Antara lain, penguatkuasaan perlu diperkukuh bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.
Be the first to comment