Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Seramai 13 individu menerima rawatan selepas terhidu asap berikutan kejadian kebakaran di kawasan Blue Zone, lokasi Persidangan Perubahan Iklim PBB COP30 di Belém, Brazil, pada Khamis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 13 individu menerima rawatan selepas tehidu asap berikutan kejadian kebakaran di kawasan Blue Zone, lokasi persidangan perubahan iklim PBB COP30 di Belem, Brazil pada Khamis.
00:14Menganjur dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada awal hari itu sebelum pasukan bomba dan pegawai keselamatan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB bertindak pantas mengawal keadaan.
00:25Menurut kenyataan itu kebakaran jaya dipadamkan dalam tempoh kira-kira 6 minit dan semua yang berada di kawasan tersebut telah dipindahkan dengan selamat.
00:36Sebanyak 13 individu dirawat di lokasi kejadian akibat tehidu asap dan keadaan mereka kini dipantau dengan bantuan perubatan sewajarnya telah diberikan.
00:45Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.
00:48Kebakaran tercetus di salah satu pavilion pameran negara memaksa ribuan delegasi meninggalkan bangunan ketika mereka sedang berusaha memuktamadkan persetujuan penting bagi memperkukuh komitmen iklim global.
01:01Insiden berlaku ketika para perunding sedang bersiap untuk meneruskan rundingan yang telahpun terlewat daripada tarikh akhir yang ditetapkan sendiri iaitu Rabu.
01:09Sebelum kejadian, Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Antonio Guterres merayu agar semua negara mencapai katus pakat sambil menyambut baik desakkan sesetengah pihak
01:20untuk memastikan kejelasan dalam isu paling hangat usaha mengurangkan kebergantungan dunia terhadap bahan api fosil.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended