Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Calon Gabungan Rakyat Sabah bagi DUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih yakin sokongan pengundi khususnya golongan muda kekal memihak kepada GRS pada Pilihan Raya Negeri kali ini.
Transcript
00:00Calon gabungan rakyat Sabah bagi Dun Klias, Datuk Isnin alias Nih, yakin sokongan pengundi khususnya golongan muda kekal memihak kepada GRS pada PRN kali ini.
00:11Yakinan itu disandarkan melalui rekod perimatannya selama lima tahun sebagai wakil rakyat Klias, termasuk usaha menangani keadaan banjir, menyantuni warga mangsa bencana dan menyokong pendidikan anak muda di daerah itu.
00:24Isnin turut menawarkan perancangan pembangunan yang lebih besar untuk Klias, termasuk pembaruan sektor ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian, bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
00:37Saya janjikan kemajuan, saya nak janjikan pembangunan dan selama lima tahun saya janjikan supaya Klias ini miskin tegar, Alhamdulillah sekarang ini miskin tegar, Klias tidak ada dan saya janjikan satu pembangunan yang lebih bagus,
00:50peningkatan ekonomi kepada orang-orang Klias supaya orang-orang Klias hidup mempunyai pendapatan yang cukup baik,
00:59terutamanya dalam pertanian orang Klias. Saya nak wujudkan, saya nakkan banyak benda.
01:07Beliau menyatakan komitmen untuk menangani masalah miskin tegar di Klias serta memastikan rancangan pembangunan lima tahun seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended