Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 20 hari lalu, memohon kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya dibebaskan sementara dengan ikat jamin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Ismanira Abdul Manaf, 30, selaku pemohon membuat permohonan berkenaan sehingga keputusan rayuan terhadap sabitan bersalah dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, dua tahun lalu.
00:00Ibu Alayyarham Zain Rayyan Abdul Martin yang menjalani hukuman di penjara Kajang sejak 20 hari lalu, memohon kepada Mahkamah Tinggi Syah Alam supaya dibebaskan sementara dengan ikat jamin.
00:11Ismanira Abdul Manaf, 30 tahun, selaku pemohon membuat permohonan berkenaan sehingga keputusan rayuan terhadap sabitan bersalah dan hukuman penjara 5 tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autizm itu 2 tahun lalu.
00:24Ibu kepada dua anak itu membuat permohonan berkenaan dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden menerusi Tetuan Harish Mahadevan dan Koh pada 4 November lalu.
00:35Menerusi notis usul berkenaan, dia yang juga bekas kerani memohon dilepaskan dengan ikat jamin yang sama diberikan Mahkamah Sesen Petaling Jaya pada 13 Jun tahun lalu.
00:45Menurutnya, ia termasuk sebarang syarat tambahan, perintah atau relief yang difikirkan wajar oleh Mahkamah Tinggi.
00:51Susulan itu, dia memberi enam alasan yang membolehkannya dilepaskan sementara iaitu terdapat keadaan khas yang mewajarkan penggantungan pelaksanaan diberikan.
01:02Dia berkata, rayuannya mempunyai merit kerana melibatkan isu undang-undang yang serius serta berkemungkinan besar berjaya.
01:10Selain itu, kata Ismanira, permohonan dibuat di Mahkamah Tinggi kerana perkara sama telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesen Petaling Jaya pada 3 November lalu.
01:19Jelasnya, perkara ini disokong dengan pemfailan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Sama.
01:27Sementara itu, ketika pengurusan kes dihadapan timbalan pendaftar kanan, Nadia Misman menetapkan pendengaran permohonan berkenaan pada 4 Disember depan.
Be the first to comment