Skip to playerSkip to main content
Armizan dakwa Bung 'menteri paling gagal'

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin menteri paling gagal dalam sejarah peradaban manusia, lapor wartawan Sinar Harian, Hazmin Syahman Abdul Rahman.

Menurut Armizan, kegagalan bekas Menteri Kerja Raya (KKR) Sabah itu menyebabkan kerajaan GRS kerugian dua tahun memulihkan Sabah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757288/berita/politik/armizan-dakwa-bung-menteri-paling-gagal

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #GRS #BungMoktar #Tawau #Sabah #Menteri #Armizan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua tahun dia jadi Menteri KKR, dua tahun ini kerugian masa bagi JARES untuk meninaikan hikmat kepada rakyat, khususnya menyelesaikan isu-isu yang terkait dengan KKR.
00:13Tidak ada projek-projek utama yang signifikan yang dapat digerakkan oleh Bung masa menjadi Menteri KKR yang terkait dengan bidang kuasa KKR.
00:24Di Tawau ini ada masalah air, legasi isu sekian lama, akhirnya Menteri Baru dan juga Kerajaan JARES, Datuk Syalmi Menteri KKR yang pakar, usaha dapat peruntukan Alhamdulillah.
00:39Walaupun belum siap, tapi projek loji rawatan air Cina Mata 2 tengah berjalan dan insyaAllah kita akan selesaikan masalah air melalui LRA Cina Mata 2.
00:52Di kawasan saya, projek naik taraf LRA Kogopon yang sudah dirancang sejak 2017, warisan gagal laksana, Bung Mukhtar Menteri KKR gagal laksana.
01:05Tetapi bila ada Menteri Baru masuk, Aliparlimen pun baru dipapar, Alhamdulillah Ogos 2023, projek loji rawatan air Kogopon telah pun bermula dan akan siap Ogos tahun depan, 3 tahun.
01:22Syafiq Abdal bilang dia boleh selesaikan masalah air ini setahun, 2 tahun dia berkuasa, dada apa-apa pun tak selesai.
01:30Jadi itu semua satu penipuan yang jelas, lagi terang, lagi bersuluh.
01:36Jadi Bung Mukhtar ini bila dia sebut bahawa GRS kerajaan paling gagal bagi saya, umpama dia meluda ke langit, tapi luda itu jatuh ke muka dia sendiri.
01:47Kerana beliau juga ada tanggung jawab sebagai Menteri KKR, tapi rekod menunjukkan beliau gagal melaksanakan projek-projek yang melibatkan air.
01:56Elektrik kalau dia sebut, takkan dia nak tahu, berpuluh tahun, 41 tahun kuasa kawal siat elektrik ini federal yang pegang, diambil daripada Sabah.
02:08SCSB sampai sekarang, 80% stake kepada SCSB itu masih kerajaan persekutuan.
02:15Takkan dia nak tahu perkara tersebut.
02:17Jadi jangan salahkan GRS semata-mata yang bertanggung jawab kepada pembangunan infrastruktur untuk pastikan kestabilan bekalan elektrik ini adalah kerajaan persekutuan kerana kuasa di tangan mereka.
02:31Dan yang membekalkan pula, membekalkan pula tenaga itu adalah SCSB.
02:36Jadi kita pun tak pernah salahkan kerajaan persekutuan dan SCSB, tapi dia pula menyalahkan.
02:42Sedangkan parti dia berkuasa di federal, siapa menteri tenaga?
02:47Masa beliau jadi menteri KKR, beliau take charge, mau juga elektrik ini beliau jaga.
02:53Sebab apa menteri tenaga? Orang UMNO daripada parti UMNO.
02:57SCSB ada jawatan board, dikasih masuk orang politik, siapa dia?
03:02Ketua UMNO Tawau, Ketua UMNO Putatan, jadi ahli lembaga kepada SCSB.
03:07Ketua UMNO Tawau itu jadi timbalan pengurusi SCSB pada masa itu.
03:11Apa kejayaan mereka? Selesaikan isu bekalan elektrik yang stabil.
03:16Projek Southern Link cukup penting untuk bekalan grid ke pantai timur.
03:23Pun mereka tak boleh buat, tetapi alhamdulillah GRS telah laksanakan.
03:28Tahun lepas 2024, Fasa 1 Southern Link telah bermula.
03:34Sedang berlangsung.
03:35Dan baru-baru ini PM telah umumkan untuk budget 2026.
03:40Federal commit untuk membantu melengkapkan Southern Link dengan peruntukan yang disalurkan.
03:47Jadi siapa gagal?
03:48Takdir menentukan beliau sendiri tarik diri daripada kerajaan GRS.
03:53Dan alhamdulillah saya tengok, bila beliau sudah tidak wujud dalam kerajaan yang diteraju GRS,
03:59Lepas itu lancar pula projek jalan di bawah KKR.
04:03Jadi orang bilang blessing in disguise, tidak juga blessing.
04:09Tidak juga disguise, tapi baguslah.
04:12Itu syukurlah.
04:13Beliau keluar itu memang satu rahmat dan manfaat kepada Sabah ini.
04:19Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended