KPN tiada perancangan bina Muzium Perang Force 136 di Gerik
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ketika ini tidak bercadang untuk membina Muzium Perang Force 136 atau Muzium Darurat Menentang Komunis (PKM) dalam Parlimen Gerik.
Timbalan Menterinya, K Saraswathy berkata, sebarang cadangan penubuhan muzium baharu perlu terlebih dahulu dikaji secara komprehensif memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi.
00:00Justeru, Kementerian menyambut bayi hasrat yang berhormat ke atas cadangan penubuhan muzium berorientasikan sejarah perang di negara ini, khususnya di Gerik, yang merupakan satu daripada tapak penting dalam sejarah ketenteraan negara dalam memerangi jentera Jepun dan anasir komunis.
00:22Untuk makluman yang berhormat, sebarang cadangan penubuhan muzium baru perlu terlebih dahulu dikaji secara komprehensif.
00:33Ini kerana penubuhan muzium baru akan melibatkan kos yang tinggi termasuk pembangunan fasiliti, pemerolehan koleksi dan pertambahan jawatan baru serta kos operasi yang perlu dipertimbangkan.
00:50Atas faktor-faktor tersebut, Kementerian tidak bercadang untuk membina muzium perang FOS 136 atau muzium darurat menentang komunis PKM.
01:06Tambahan pula, muzium perang FOS 136 dan muzium darurat menentang komunis PKM adalah bersifat muzium khusus, specialized museum,
01:20yang lebih sesuai dilaksanakan oleh kementerian atau jabatan yang berkenaan seperti Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri
01:32yang telahpun menubuhkan beberapa muzium sejarah peperangan atau ketenteraan negara termasuk penentangan ke atas tentera Jepun dan darurat seperti muzium kepolisan di Kuala Lumpur,
01:50Galeri Darurat Bukit Kepung di Muar, Johor, Muzium Tentera Darat di Portiksen Negeri Sembilan serta Galeri Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya.
02:04Kementerian ini melalui Jabatan Muzium Malaysia bersedia memberikan khidmat nasihat dan latihan kepakaran untuk merealisasikan penubuhan muzium ini
02:15dan percaya penubuhannya boleh membawa impak yang baik dari aspek pensejarahan serta pelancongan di Gerik seperti mana muzium perang di Batu Maung Pulau Pinang.
Be the first to comment