Tiada teknologi tempatan jejas pembangunan REE di Malaysia - Johari
Kerajaan mengakui pembangunan industri nadir bumi (REE) di negara ini tidak dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan beberapa cabaran utama termasuk tiada kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial untuk mengembangkan lagi sektor strategik berkenaan.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, situasi itu menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada teknologi luar untuk menjalankan aktiviti perlombongan, meskipun mempunyai sumber berkenaan yang signifikan.
00:00Untuk pertanggungan yang berumat, walaupun Malaysia mempunyai sumber REE yang signifikan, pembangunan dasar ini tidak dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan beberapa cabaran utama.
00:13Yang pertama, negara masih belum mempunyai kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial bagi melaksanakan aktiviti perlombongan REE.
00:24Situasi ini menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada teknologi luar untuk menjalankan aktiviti perlombongan.
00:33Sebagai contoh, dari segi perlombongan yang pertama kita buat REE ini di Perak, Kering, kita bekerjasama dengan MCRE, semenang berat syarikat daripada China.
00:47Kemudian, dari segi pemprosesan REE tersebut, kita ada satu syarikat, Lainas, yang datang bawa REE daripada Australia dan memproses REE di syarikat Lainas di Pahang.
01:06Kedua, Malaysia juga masih belum mempunyai logi pemprosesan yang mampu memisahkan unsur REE bernilai tinggi secara komersial.
01:15Pada masa ini, rantaian nilai global untuk memprosesan dan pemisahan REE di nomasi oleh China termasuk kawalan terhadap ekspor teknologinya.
01:27Kekangan ini menyukarkan Malaysia membangunkan keseluruhan rantaian nilai daripada perlombongan, pemprosesan hingga penghasilan produk penila tambah.
01:36Ketiga, negara berdepan kekurangan data yang komprehensif berhubung lokasi, kuantiti, grade dan juga status guna tanah sumber REE.
01:47Anggaran awal REE oleh JMG, Jabatan Mineral dan Geosains masih pada peringkat sumber teragak ataupun inferred resource
01:56dan memerlukan kajian terperinci lanjutan bagi menentukan jumlah sebenar yang boleh dilombong secara ekonomi dan lestari.
02:06Dan akhir sekali, dasar kerajaan yang tidak membenarkan perlombongan dalam kawasan sensitif seperti hutan simpan kekal, HSK, kawasan sensitif alam sekitar, KSS, kawasan tadahan air dan reserve perlindungan
02:21dengan turut menghadkan pilihan lokasi yang sesuai bagi pembangunan industri ini.
02:27Langkah ini penting bagi menjamin keselamatan alam sekitar, namun pada masa yang sama, memerlukan pendekatan berhati-hati
02:35untuk menyeimbang pembangunan industri dan pemilihanan sumber-sumber jadi.
Be the first to comment