Skip to playerSkip to main content
'Mula-mula tumpangkan anak jiran, kemudian buat bisnes'

Demi mengaut keuntungan mudah, seorang lelaki menjadikan kereta jenis Perodua Alza miliknya sebagai 'van sekolah' bagi mengambil enam kanak-kanak dari sebuah sekolah, Kuala Pilah, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Akibatnya pemandu lelaki berusia 30-an itu dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan kerana menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam operasi van sekolah haram baru-baru ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757125/edisi/melaka-ns/mula-mula-tumpangkan-anak-jiran-kemudian-buat-bisnes

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunalesenkenderaanMotor #JPJ #LKM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Demi mengout keuntungan mudah, seorang lelaki menjadikan kereta jenis perudua Alza miliknya sebagai van sekolah bagi mengambil enam kanak-kanak dari sebuah sekolah di Kuala Pilah.
00:10Akibatnya, pemandu lelaki berusia 30-an itu dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Negeri 9 kerana menyalahgunakan lesen kenderaan motok LKM dalam operasi van sekolah haram baru-baru ini.
00:24Pemeriksaan lanjut mendapati, cukai kenderaan yang dipandu lelaki itu juga sudah tamat tempoh.
00:29Dia mendakwa baru setahun menyediakan perkhidmatan tersebut dengan mengenakan tambang RM100 sebulan bagi setiap pelajar yang kesemuanya merupakan anak jirannya.
00:39Katanya, dia melakukan pada siang hari kerana pendapatannya sebagai pengawal keselamatan tidak mencukupi.
00:46Pengarah JPJ Negeri 9, Hanif Yusabra Yusof berkata, alasan menumpangkan anak jiran sering digunakan oleh pemandu apabila ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
00:59Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended