Skip to playerSkip to main content
'Emas ada penunggu, banyak muncul menjelang waktu solat Jumaat' - Penduduk

Aktiviti mendulang emas tidak semudah yang digambarkan di media sosial, malah dikaitkan dengan unsur mistik dan kepercayaan bahawa logam berharga itu mempunyai ‘penunggu’, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Menurut penduduk sekitar Sungai Tadoh, Kampung Kalai di Jeli, emas dipercayai lebih banyak muncul menjelang waktu solat Jumaat, sehingga ada pendulang yang dikatakan menjadi terlalu asyik seperti 'dirasuk'.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757173/edisi/kelantan/emas-ada-penunggu-banyak-muncul-menjelang-waktu-solat-jumaat---penduduk

Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Emas #Jeli #MendulangEmas #Kelantan #Penduduk

Category

🗞
News
Transcript
00:00Aktiviti mendulak emas tidak sepudah yang digambarkan di media sosial, malah dikaitkan dengan unsur mistik dan kepercayaan bahawa logam berhaga itu mempunyai berunggul.
00:12Menurut penduduk di sekitar sungai Tado, kampung Kalai di Celi, emas dipercayai lebih banyak muncul menjelang waktu solat jemaat sehingga ada pendulang yang dikatakan menjadi terlalu asyik seperti dirasuk.
00:24Disebabkan itu, aktiviti mendulak emas tidak dikalahkan dilakukan secara bersendirian dan perlu ditemani untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
00:35Penduduk tempatan Halimah Awang, 75 tahun yang telah lebih 6 dekad berkecimpun dalam aktiviti mendulak emas berkata kehadir ular atau lintah sejak tiba-tiba sering dianggap petanda kewujudan emas di kawasan tersebut.
00:49Katanya, ketika sedang mendulang tiba-tiba muncul ular, itu tandanya ada emas.
00:55Sama juga dengan kemunculan lintah, mendulang bukan seperti yang ditunjukkan dalam video konten untuk menarik perhatian orang.
01:03Beliau mendekaskan bahawa mendulang emas penuh dengan pelbagai cabaran termasuk gangguan mistik dan perebutan lokasi antara pendulang akibat sifat tamak.
01:13Malah katanya, ada yang sanggup mendapatkan himat pomo emas bagaimana pasti lubuk emas tersembunyi demi keuntungan lebih.
01:22Kebanyakan penduduk di kampung kalai adalah penorek getah dan hanya mendulang selepas selesai menorek sekitar tengah hari dan sekadar untuk pendapatan sampingan.
01:32Tahun 90-an dan awal tahun 2000, emas tidak penilai tinggi.
01:362-3 tahun ini, harganya naik.
01:38Kalau diikutkan, banyak rumah di kampung ini memang dibina atas tanah yang mengandungi emas.
01:45Mendulang ini seperti cari kayu gaharu.
01:48Ada yang kata jumpa harimau.
01:50Ada masa dapat, kebanyakan masa tidak dapat.
01:54Menurut Alima, mendulang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi kerana pendulang perlu menggali,
02:00mengangkat batu pelbagai saiz dan berendam antara 3 hingga 6 jam tidak sasungan.
02:06Katanya, hasil yang diperolehi selalunya kecil sekitar 1 gram atau kurang dan jika berjaya ia dianggap jackpot.
02:15Emas di sungai Tador sangat halus seperti pasir.
02:18Kalau jumpa sebesar butir padi, itu rezeki.
02:21Yang lebih besar dipanggil nugget tetapi setahun dua pun belum tentu dapat.
02:26Katanya lagi.
02:27Beliau menjelaskan bahawa aktiviti mendulang telah dilakukan sejak puluhan tahun lalu
02:31sebagai usaha menambah pendapatan dan bukan untuk menjadi kaya.
02:36Sementara itu, seorang lagi penduduk Kami Abdullah 35 tahun yang mulai mendulang sejak puluh usia 6 tahun
02:42mendawa emas di sungai Tador sering muncul dengan lebih banyak pada hari Jumaat.
02:47Semakin hampir waktu solat Jumaat, semakin banyak emas keluar.
02:52Kadang-kadang yang ada yang terlalu asyik macam dirasuk sebab terlalu seronok.
02:57Selepas pelajar negeri mengumumkan kebenaran mendulang, ramai kawan-kawan Mesis hendak belajar.
03:04Dulu awal tahun 2000, ramai juga jumpa sanggul, keris dan cinci emas di sungai Tador.
03:10Tambah kamil, sungai Tador merentasi dua kampung iaitu Kampung Kalai dan Kampung Lalat yang mempunyai kira-kira 500 penduduk.
03:18Emas di Kalai ini, emas tua 999. Kalau di Sokotan Merah, itu emas muda.
03:25Kampung Kalai memang terkenal sebagai luput emas kerana dipercayai pendapat terowu emas berusia lebih 100 tahun.
03:32Sebelum kerajaan beri kebenaran, sungai Tador sudah pun jadi tempuan pendulang kerana emas hanya kerap ditemui.
03:39Kini, selepas kebenaran diberi, makin ramai yang datang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

0:30
Up next