Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kehidupan rakyat Palestin di Gaza terus dihimpit derita apabila hujan lebat, ribut kuat dan limpahan air laut menenggelamkan kawasan penempatan sementara dalam beberapa hari kebelakangan ini, meskipun gencatan senjata masih berlangsung.
Transcript
00:00Kehidupan rakyat Palestine di Gaza terus dihimpit derita apabila hujan lebat, ribut kuat dan limpahan air laut menenggelamkan kawasan penempatan sementara dalam beberapa hari kebelakangan ini.
00:13Puluhan ribu keluarga yang terpaksa berlindung di kemah nipis di tepi pantai kehilangan tempat berteduh selepas angin kencang dan air banjir memusnahkan kemah, membasahkan tilam serta selimut dan merosakkan barangan pribadi mereka.
00:30Kerajaan Gaza yang ditakbi Hamas menganggarkan kerugian akibat cuaca buruk itu mencecah 4.5 juta dolar melibatkan kemusnahan 22,000 kemah, bekalan makanan dan perubatan yang rosak serta kerusakan infrastruktur penting.
00:43Badan bantuan tempatan pula memberi amaran bahawa sebanyak 300,000 kemah baharu diperlukan segera bagi menampung jumlah pelarian yang semakin ramai.
00:50Ketua Perjabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Al-Tawabta berkata banjir memusnahkan lebih 22,000 kemah, terpel, tilam, peralatan memasak dengan gerugian melebihi 2 juta dolar.
01:01Beberapa pusat pelindungan kecemasan turut runtuh menjadikan banyak kawasan kem bertukar menjadi kolam air bercampur lumpuh.
01:08Kerusakan turut menjejaskan sistem air dan sanitasi termasuk saluran air sementara, lubang kumbahan serta pemasangan suara kecil yang menjadi sumber utama elektrik penduduk Gaza.
01:16Juru cakap UNICEF memberi amaran bekalan kemah dan peralatan perlindungan keluarga akan habis dalam beberapa hari sambil menggesa pihak berkuasa Israel menggunakan lebih banyak bantuan masuk segera.
01:27Pihak berkuasa Gaza mendakwa Israel tidak menggunakan kemasukan bantuan seperti dipersetujui dalam perjanjian genjatan senjata.
01:34Agensi bantuan pula berkata banyak barangan penting disekat daripada memasuki Gaza.
01:37UNICEF memberi amaran bahawa kanak-kanak paling berisiko menghadapi gabungan maut antara cuaca sejuk dan basah, sanitasi teruk, risiko jangkitan penyakit serta malnutrisi yang semakin ketara.
01:48Masalah banjir juga menghimpik kawasan lebih jauh dari pantai.
01:51Kebanyakan penghuni kemah tidak mempunyai kemudahan tanda sempurna, sebaliknya bergantung pada lubang kumbahan kecil yang mudah melimpah ketika hujan lebat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended