Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Rabu menyatakan beliau akan berusaha membantu menghentikan perang di Sudan selepas diminta campur tangan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan beliau akan berusaha membantu menghentikan perang di Sudan selepas diminta campur tangan oleh putera mangkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman.
00:12Trump dalam satu persidangan pelaburan Saudi berkata, usaha berkenaan telah pun bermula sehari selepas beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin de facto Arab Saudi itu di White House.
00:23Dalam ucapannya di hadapan putera mangkota dan delegasinya, Trump berkata White House mula mengambil tindakan hanya setengah jam selepas permintaan Muhammad disampaikan pada mesyuarat selasa lalu.
00:36Trump menambah Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan Arab Saudi, Emirat Arab I, Mesir dan negara-negara Asia Barat lain untuk menghentikan kekejaman di Sudan serta menstabilkan keadaan di negara itu.
00:49Konflik di Sudan tercetus pada 2023 berikutan perebutan kuasa antara Angkatan Bersenjata Sudan dan Pasukan Separa Tentera Rapid Support Forces RSF menjelang peralihan ke pemerintahan awam yang dirancang.
01:03Konflik itu mengakibatkan pembunuhan berasaskan etnik, kemusnahan meluas dan pemindahan besar-besaran penduduk selain menarik campur tangan kuasa asing dan mengancam pemisahan Sudan.
01:14Putera mangkota Saudi percaya tekanan langsung daripada Trump diperlukan untuk memecahkan kebuntuan perbincangan bagi menamatkan lebih dua setengah tahun perperangan.
01:25Beliau merujuk kepada usaha Trump mencapai gencata senjata di Gaza bulan lalu.
01:30Bagi Arab Saudi, penyelesaian konflik Sudan turut berkait rapat dengan keselamatan negara memandangkan ratusan batu pantai Sudan terletak bertentangan dengan Laut Merah di wilayah Saudi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended