Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Bermula tahun hadapan, hanya premis yang memiliki tandas bersih dan memenuhi standard minimum kebersihan akan layak diberi kelulusan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Transcript
00:00Bermula 2026 hanya premis yang memiliki tandas bersih dan memenuhi piawayan minimum kebersihan akan layak diberi kelulusan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan PBT.
00:14Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Koming, garis panduan baru itu akan mula dilaksanakan secara berperingkat dalam usaha mengangkat imej dan standar tandas di negara ini.
00:25Katanya pelaksanaan garis panduan itu akan mengikut kategori PBT melibatkan Majlis Bandaraya Bermula 2026, Majlis Perbandaran 2027 dan Majlis Daerah 2028.
00:38Jelasnya ia bertujuan memastikan standar tandas BMW bersih, menawan dan mewangi menjadi norma nasional serta meningkatkan imej perkhidmatan awam dan pengalaman pengguna khususnya menjelang tahun melawat Malaysia 2026.
00:53Garis panduan baru itu juga menetapkan nisbah baru kemudahan tandas di premis perniagaan dan bangunan awam iaitu sekurang-kurangnya satu tandas lelaki dan dua tandas perempuan.
01:05Sementara itu beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM180 juta dalam tempoh tiga tahun bermula 2024 untuk tujuan pembaikan dan naik taraf tandas awam di seluruh negara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended