Usaha agresif Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mengekang kegiatan penyeludupan terus membuahkan hasil apabila 29 kes rampasan dadah melibatkan nilai RM22.87 juta direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini.
00:00Usaha agresif Jabatan Kastam di Raja Malaysia JKDM Kelantan mengekang kegiatan penyeludupan terus membuahkan hasil apabila 29 kes rampasan dadah melibatkan nilai RM22.87 juta direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini.
00:17Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata pencapaian itu antara kejayaan terbesar pihaknya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sekaligus membuktikan komitmen tinggi pasukannya dalam memerangi jenayah berbahaya itu.
00:35Beliau berkata kejayaan terbaharu kastam melalui operasi membantras penyeludupan dadah dan kenderaan tidak berkastam di sekitar Balakong Selangor dan Kuala Lumpur.
00:43Dalam operasi bermula 14 hingga 16 Oktober, pasukan penguatkuasa berjaya menahan tiga buah kenderaan Porsche Panamera, Nissan Tiana dan Toyota Estima serta sebuah motosikal berkuasa tinggi Honda CB400 dengan nilai keseluruhan termasuk cukai berjumlah RM395,910.
01:01Beliau berkata turut dirampas ialah dadah seberat 18.322 kilogram bernilai RM1.5 juta yang ditemukan di dalam Toyota Estima di belakang sebuah kondominium di Balakong.
01:11Wan Jamar berkata jumlah keseluruhan rampasan kenderaan dan dadah mencecah RM1.72 juta.
01:17Dengan kejayaan itu tercetus hasil maklumat awam sebelum pasukan melakukan intipan terhadap Toyota Estima yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan dadah di kondominium sama.
01:26Selepas 8 jam pemantauan tanpa sebarang pergerakan, pemeriksaan dilakukan dan pasukan menemukan sebuah beg pakaian serta tong lutsina berisi pelbagai jenis dadah.
01:35Jelasnya pasukan sebenarnya melakukan intipan berkaitan kenderaan tidak berkustom namun berjaya mengesan kenderaan yang dijadikan stop penyimpanan dadah.
01:43Penemuan itu boleh dianggap sebagai bonus.
01:45Beliau berkata kes berkaitan kenderaan disiasat di bawah Seksyen 135-1-D Akta Kustom 1967 manakala kes dadah disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Be the first to comment