00:00Bahkamah Tinggi Sya'alam menetapkan 4 Disember ini untuk mendengar permohonan Ismailira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara 5 tahun kerana mengabaikan anak lakinya Zain Ryan berumur 6 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal 2 tahun lalu.
00:16Keputusan itu dibuat penolong pendaftarkanan Nadia Misman selepas Peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismailira memfalkan permohonan berhubung perkara itu.
00:25Pada 31 Oktober lepas, Ismailira dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Session Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
00:38Hakim Dr. Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
00:47Beliau memerintahkan Ismailira menjalani hukuman penjara bermula 31 Oktober selain menandatangani bon berkelakuan baik selama 2 tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.
01:00Ismailira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat hukuman penjara.
Be the first to comment