Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kebakaran dipercayai merebak pantas disebabkan oleh angin kencang sebelum melanda kawasan kediaman di daerah Saganoseki.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 170 rumah musnah dalam kebakaran besar yang melanda kawasan perumahan
00:05berhampiran pelabuhan nelayan di Bandar Oita, Selatan Jepun pada Selasa.
00:10Kebakaran tercetus sekitar 5.40 minit petang waktu tempatan
00:13beribat pantas akibat angin kencang sebelum melanda kawasan kediaman di daerah Saganoseki.
00:21Lebih 170 penduduk kemudian dipindahkan ke pusat pelindungan kecemasan
00:25manakala seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dilaporkan hilang.
00:29Pasukan bomba tempatan masih bertungkus lumus memadamkan api yang belum dapat dikawal sepenuhnya
00:35dengan bantuan helikopter dan jenter berat bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan yang lain.
00:42Tiada kematian disahkan setakat ini namun pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran
00:46serta tahap kerusakan.
00:48Oita terletak di Pulau Kyushu, kira-kira 770 km dari Tokyo
00:53dan terkenal sebagai kawasan perikanan serta pelancongan.
00:57Kebakaran ini disifatkan antara yang terbesar pernah berlaku di wilayah tersebut dalam beberapa dekad.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended