00:00Seorang pegawai dan dua bekas pegawai bank dihadapkan ke Mahkamah Session Sya'alam pada Rabu atas pertuduhan menerima rasuah.
00:08Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi operasi Optiger mendapati, mereka menerima suapan bagi mencadangkan sebuah firma guaman untuk menguruskan dokumen pembiayaan beberapa pelanggan.
00:19Tertuduh pertama, bekas pegawai bank Muhammad Nasirik Emir Ismail mengaku bersalah selepas didakwa dengan lapan pertuduhan menerima rasuah lebih RM20,000 pada Julai 2019.
00:32Hakim Mahkamah Session 1, Datuk Muhammad Nasir Muhammad Nordin menjatuhkan hukuman denda RM40,000 atau 4 bulan penjara jika gagal membayar.
00:40Di Mahkamah Session 2, pegawai bank Nazrul Hafiq Ahmad Mazlan dihadapkan atas satu pertuduhan menerima suapan lebih RM6,000 pada September 2021.
00:49Namun, Nazrul mengaku tidak bersalah.
00:52Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkannya melaporkan diri di ibu pejabat SPRM setiap bulan.
00:59Pasportnya diserahkan kepada mahkamah, manakala 15 Januari 2026 ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula.
01:05Manakala bekas pegawai bank Mazia Hanum Hamidun mengaku bersalah atas dawaan lima pertuduhan menerima rasuah lebih RM6,000 antara Julai 2021 hingga Mac 2023.
01:15Hakim Awang Krishnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman denda RM17,000 atau 16 bulan penjara jika gagal membayar.
Be the first to comment