00:00Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia 2 tahun yang disengat ubur-ubur di Pantai Cenang Langkawi Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada Rabu.
00:20Sampel DNA bagi 29 mangsa bot karam di perairan Langkawi telah diambil untuk memudahkan pengecaman keluarga.
00:33Mahkamah Tinggi Sya'alam menetapkan 4 Disember ini untuk mendengar pemohonan Ismail Nira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara 5 tahun kerana mengabaikan anak lelakinya Zane Ryan 2 tahun lalu.
00:44British American Tobacco Malaysia Berhad mengumumkan harga jenama rokok keluarannya akan diselaraskan susulan kenaikan duty exercise seperti diumumkan dalam belanjawan 2026.
00:59Gabungan rakyat Sabah GRS optimis memenangi lebih 40 kerusi dari 55 yang ditandinginya dalam pilihan rakyat negeri Sabah ke-17 sekaligus meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
01:14Filem seram terbaharu terbitan Esro Shaw Malam Terlarang terus mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM10 juta di pawagam seluruh negara sejak mula ditayangkan awal November.
01:28Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan terdapat ramai ketua negara bakal menyertai Lembaga Keamanan Gaza, sebuah badan yang akan mengawasi pemulihan Gaza pasca perang.
01:39Sekurang-kurangnya 170 rumah musnah dalam kebakaran besar yang melanda kawasan perumahan berhampiran pelabuhan nelayan di Bandar Oita Selatan Jepun pada Selasa.
01:50Gunung Semeru, gunung berapi tertinggi di Indonesia meletus pada petang rabu dengan memuntahkan kepulan abu tebal tinggi di ruang udara Jawa Timur.
02:03Sebuah syarikat bioteknologi di Shenzhen, Lonvi Biosciences, mendakwa telah berjaya menghasilkan pil yang mampu memanjangkan jangka hayat manusia sehingga 150 tahun.
Be the first to comment