Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestin terbunuh dalam empat serangan udara Israel pada Rabu di kawasan Gaza yang berada di bawah pentadbiran Hamas sejak gencatan senjata rapuh berkuat kuasa Oktober lalu, menurut pihak kesihatan Palestin.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestine terbunuh dalam 4 serangan udara Israel pada Rabu.
00:07Tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan lokasi Hamas di seluruh Gaza
00:11selepas anggota kumpulan tersebut melepaskan tembakan terhadap tenteranya.
00:17Bagaimanapun, tiada anggota tentera Israel dilaporkan cedera.
00:21Hamas mengecam tindakan Israel sebagai satu peningkatan ketegangan bahaya
00:25yang mengancam kestabilan gencata senjata.
00:28Hamas turut mendesak Amerika Syarikat menunaikan komitmen yang diumumkan
00:33dan menekan Israel supaya menghentikan serangan serta mematuhi perjanjian damai sementara itu.
00:39Insiden terbaru ini sekali lagi menguji betapa rapuhnya gencata senjata
00:43yang menjadi tahap pertama dalam plan 20 perkara Presiden Donald Trump untuk fasa pasca perang di Gaza.
00:50Kedua-dua pihak saling menuding jari, masing-masing menuduh satu sama lain
00:54melanggar gencata senjata yang ditaja Washington.
00:57Petugas perubatan melaporkan 10 mangsa terbunuh di kawasan Zaitun di Gaza City,
01:03dua lagi di Syajaya dan selebihnya di dua lokasi berasingan di Khan Yunis di selatan Gaza.
01:10Semua serangan berlaku jauh melepasi garisan kuning yang dibersetujui sebagai
01:14sempadan kawalan antara pasukan Israel dan Palestine.
01:17Gejatan senjata 10 Oktober lalu dalam perang dua tahun di Gaza sebelum ini membantu meredakan konflik
01:24membolehkan ratusan ribu rakyat Palestine kembali ke kawasan yang musnah.
01:28Namun keganasan tidak pernah benar-benar berhenti.
01:31Pihak kesihatan Palestine melaporkan 305 rakyat terbunuh dalam serangan Israel sejak gejatan senjata bermula.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended