Banyak perkara mencuri tumpuan di Sabah pada Rabu, daripada perkembangan Pilihan Raya Negeri, rintihan suara rakyat dan tidak dilupakan, kisah kemajuan projek naik taraf jalan raya di pedalaman Pagalungan.
Bagi mendapatkan perkembangan lanjut, kita terus bersama Khalis Khadir yang berada di Nabawan.
00:00Banyak perkara mencuri tumpuan di Sabah pada Rabu daripada perkembangan pilihan raya negeri, rintihan suara rakyat dan tidak dilupakan kisah kemajuan projek naik taraf jalan raya di Pagalungan.
00:12Bagi mendapatkan perkembangan lanjut, kita terus bersama Kalis Kadir yang berada di Nabawan. Silakan Kalis dengan perkongsian anda.
00:18Terima kasih.
00:48isu asas yang dihadapi rakyat Sabah khususnya perkhidmatan penting seperti bekalan air dan elektrik isu-isu tiga serangkai yang masih menjadi permasalahan di Sabah ini.
01:01Dan sebagai antara individu yang terlibat dalam proses mendraft dokumen itu, manifesto PH kata beliau adalah realistik.
01:10tidak menjanjikan bulan dan bintang kerana ianya hanya berkisar tentang memenuhi keperluan asas rakyat.
01:18Itu penegasan yang dikongsikan oleh beliau sebentar tadi.
01:21dan selain itu, ya sudah tentu antara yang hangat juga ialah kenyataan daripada Datuk Seri Haji Jinur
01:29yang yakin, optimis bahawa gabungan rakyat Sabah GRS ini yakin untuk menang lebih 40 daripada 55 kerusi dun yang akan ditandingi pada 29 November ini.
01:43dan kata beliau sebagai pengurusi GRS, keyakinan itu ada sandarannya berkenaan dengan kekuatan jentera parti, sokongan yang padu dan jitu daripada akar umbi
01:55dan sudah tentu kerjasama mantap yang ditunjukkan oleh semua parti komponen dalam gabungan GRS.
02:02dan sudah tentu selain isu-isu politik, kisah rakyat pastinya menjadi keutamaan.
02:09Seperti di sandakan, sahabat kami Syaf Syukri dan Nasruddin Samad mendengar keluhan mengenai dengan JT Sandakan.
02:19Di situ berlaku beberapa isu permukaan jalan di situ, berlumut, licin, bahaya, tiada susur tangan, ruang menunggu juga terhad, tempat belabuh juga kurang sahaja.
02:32Selamat dan sudah tentu lebih suka apabila berlakunya ombak besar.
02:36Dan saya kira rintihan pengguna itu anda boleh ikuti di laman kami, Astro Awani.
02:41Dan selain rungutan rakyat ini pastinya ada juga kisah-kisah kemajuan dan kejayaan yang sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada rakyat Sabah.
02:52Misalnya tinjauan saya dan Rizal Rahim di pedalaman Tenggara Sabah.
02:57Kalau dahulu perjalanan untuk kepedalaman, pagalungan dan pensiangan itu mengambil masa yang panjang, bukan sehari, mengambil masa dua, tiga hari, berhari-hari.
03:09Sehingga penduduk terpaksa bermalam di salong sebelum meneruskan perjalanan menggunakan bot melalui sungai logongan.
03:21Tetapi, namun selepas projek naik taraf yang memakan, mengambil peruntukan sehingga RM380 juta untuk fasa satu itu,
03:30sepanjang jajaran 38km ia memberikan kelegaan, perubahan yang sangat ketara menjadikan perjalanan lebih lancar dan selamat.
03:39Dan untuk melihat apa yang dapat kami kongsikan sepetasat tadi, boleh saja ikuti di laman Asro Awani dan juga Awani 745 yang baru disiarkan.
03:47Saya kira banyak lagi isu-isu menarik yang kami akan bawakan dari masa ke masa terus saja kepada rakyat Sabah, Seri Bukit Jalil.
Be the first to comment