Menurut Perdana Menteri, proses tersebut perlu dipercepatkan bukan sahaja kerana Ethiopia memainkan peranan yang sangat penting di rantau ini, atau kerana ibu pejabat Kesatuan Afrika berada di sini, tetapi kerana negara itu menawarkan potensi dan pembaharuan yang sangat besar yang menjadikannya menarik untuk pelaburan.
00:00Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya Dr. Abi Ahmed Ali
00:05tentang langkah yang perlu diambil bagi mempermudah dan mempercepat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Ethiopia.
00:13Katanya negara itu menawarkan potensi dan pembaharuan yang sangat besar yang menjadikannya menarik untuk pelaburan.
00:21Anwar berkata demikian pada forum perniagaan peringkat tinggi Ethiopia Malaysia dihadiri kira-kira 200 wakil perniagaan di Addis Ababa.
00:30Sebanyak 54 syarikat dari Ethiopia menyertai forum tersebut berangkumi 22 daripada sektor perkilangan, 29 daripada sektor perkhidmatan dan 3 agensi kerajaan.
00:41Forum itu juga disertai lebih 70 wakil perniagaan dari Malaysia.
00:46Dalam pada itu Presiden Ethiopia, Thayy Atsuki Salasi dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan kepengerusian ASEAN pada 2025
00:56berkata kedua-dua Malaysia dan Ethiopia sedang melakar laluan baharu.
01:01Menurutnya ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara itu yang memihak kepada Malaysia bukanlah satu masalah,
01:08sebaliknya menyediakan peluang yang besar.
01:11Untuk rekod, Ethiopia disenaraikan sebagai rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2024.
Be the first to comment