Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
FIFA mendedahkan bahawa Rob Friend hanyalah konsultan skuad kebangsaan Malaysia dan tidak memegang jawatan CEO Harimau Malaya.
Transcript
00:00Status sebenar Rob Fran dalam projek skuad kebangsaan Malaysia menimbulkan kekeliruan.
00:07Selepas persekutuan bola sepak terbangsa FIFA meredahkan,
00:10beliau hanyalah seorang konsultan dan bukannya ketua pegawai eksekutif CEO Harimah Malaya.
00:16Menurut alasan yang bertulis penuh setebal 64 muka surat dikeluarkan jawatan kuasa rayuan FIFA pada selasa,
00:23Fran yang dipanggil memberi keterangan mengesahkan peranannya sebagai perunding skuad kebangsaan.
00:30Malah menurutnya beliau menetap di Kanada dan hanya hadir ke Malaysia semasa perlawanan yang membabitkan pasukan negara.
00:38Fran menjelaskan beliau berperanan sebagai perunding kepada FAM berpusat di Kanada dan melakukan perjalanan ke Malaysia pada hari perlawanan sahaja.
00:47Tugasnya adalah membantu projek berkenaan khususnya dari segi penambahbaikan kejurulatihan dan staff teknikal.
00:55Semua proses berkaitan naturalisasi pemain diuruskan sepenuhnya FAM manakala dirinya hanya membantu proseding tersebut sejak ia dibuka pada 22 Ogos lalu.
01:07Memetik perenggan 79 di muka surat 23, beliau juga menyatakan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat dalam mana-mana proses sebelum tarikh tersebut.
01:19Pendedahan ini nyata mengejutkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang sebelum ini percaya Fran memegang jawatan CEO Harimau Melayu seperti yang diumumkan FAM awal tahun ini.
01:31Sebelum ini dalam beberapa temubual bersama media, Fran sendiri mengakui menguruskan pasukan negara dengan dibantu bekas CEO Kuala Lumpur CTFC, Stanley Benat, sebagai timbalan CEO skuad kebangsaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended