Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sebanyak 15 kerusi DUN dikenal pasti sebagai kawasan panas menjelang PRN Sabah, menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. Beliau berkata ia berdasarkan trend PRN ke-16 lalu.
Transcript
00:00Sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN dikenal pasti sebagai kawasan panas sepanjang tempoh berkempen PRN Sabah sehingga tarikh pengundian pada 29 November depan.
00:10Ketua Polis Negara Dato' Sri Muhammad Khalid Ismail berkata ia berdasarkan keadaan pada pelarai negeri Sabah ke-16 yang lalu.
00:18Di negeri Sabah ini kita mempunyai lebih kurang 15 spot kawasan-kawasan yang kita rasa ada perkara yang mungkin diperlu diberi perhatian.
00:28sebab ianya berdasarkan kepada pilihan raya negeri yang telah lalu dan keadaannya dapat kita kawal dengan baik dan sempurna penugasan oleh pihak-pihak atau jabatan-jabatan berkaitan terutama oleh pihak CID dan juga pihak narkotik serta cawangan khas berjalan dengan lancar dan kita telah kena pasti individu-individu yang kita rasa mungkin boleh menimbulkan asasana yang tidak baik dan sebagainya insyaAllah.
00:55Dengan kekuatan 9,200 pegawai dan anggota polis, beliau yakin proses perjalanan pilihan raya berjalan lancar dan pada masa sama menyuruh semua pihak memainkan peranan untuk menjaga keamanan dan menghormati pesta demokrasi itu.
01:09Khalid turut berpuas hati atas perjalanan penamaan calon pada 15 November lalu yang berjalan dengan lancar dan aman.
01:14Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas program perjumpaan khas Ketua Polis Negara bersama petugas PDRM, sempurna pilihan raya negeri Sabah ke-17 ditawal pada selasa.
01:26Turut hadis sama Pesuruh Jaya Polis Sabah, Datuk Jautih Dikun.
01:29Terima kasih.
01:30Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended