Menurut data terkini daripada Sistem Pengawasan Penyakit Wajib Lapor Kebangsaan, sebanyak 153 kes campak telah disahkan di Australia setakat 2025, melebihi 115 kes yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun sebelumnya digabungkan.
00:00Pihak berkuasa kesihatan di negeri New South Wales, NSW Australia mengeluarkan amaran campak bagi kawasan pusat bandar Sydney dan lapangan terbang kota raya itu.
00:11NSW Health pada Khamis berkata, ia telah dimaklumkan seorang pesakit kes campak yang disahkan dari negeri jiran Queensland telah melawat beberapa lokasi di Sydney.
00:23Beliau berada di Sydney dari 8 hingga 10 November termasuk konsert yang dihadiri kira-kira 70,000 orang.
00:30Individu yang melawat beberapa lokasi termasuk lapangan terbang Sydney, daerah pusat perniagaan, konsert berkenaan dan tren di bahagian barat dalam bandar raya itu antara 8 hingga 10 November, dinasihatkan memantau simptom campak sehingga 28 November.
00:44Pengarah Ezeketif Health Protection NSW, Jeremy McEnalty dalam satu kenyataan berkata, ia boleh mengambil masa sehingga 18 hari untuk simptom muncul selepas terdedah kepada campak.
00:54Beliau turut menasihatkan sesiapa yang mengalami simptom seperti demam, sakit mata dan batuk diikuti ruam supaya menghubungi doktor atau hospital terlebih dahulu.
01:03Ini bagi mengelakkan berada di bilik menunggu bersama pesakit lain.
01:07Queensland Health berkata, pesakit berkenaan juga berada di pusat bandar Brisbane dan di lapangan terbang Brisbane ketika mereka tidak menyedari bahawa mereka dijangkiti wabak berkenaan.
01:17Menurut data terkini daripada Sistem Pengawasan Penyakit Wajib Lapor Kebangsaan, sebanyak 153 kes campak telah disahkan di Australia setakat 2025, melebihi 115 kes yang dilaporkan dalam tempoh 5 tahun sebelumnya digabungkan.
01:33Daripada 153 kes pada 2025, sebanyak 30 kes direkodkan di Queensland dan 28 kes di NSW.
Be the first to comment