- 8 months ago
Belanjawan 2026 menunjukkan kesinambungan dalam dasar rakyat, tetapi banyak reformasi institusi masih tertangguh. Bagaimana kerajaan boleh memulihkan keyakinan rakyat bahawa reformasi integriti ini bukan sekadar slogan ‘Malaysia Madani’, tetapi komitmen politik yang akan diterjemahkan secara menyeluruh - termasuk ke atas pemegang kuasa sendiri?
Aira Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia.
Aira Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pantau Agenda Reformasi
00:30Ini antaranya, status pinjaman perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional PTPTN bagi pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegar berdasarkan data IKASI yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi Awam IPTA akan ditukar kepada beasiswa bermula tahun hadapan.
00:49Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Nurliza Abdul Rahim berkata, inisiatif untuk peminjam PTPTN di bawah Belanjawan 2026 itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan pelajar tersebut dan komitmen memastikan akses kepada pendidikan tinggi yang inklusif.
01:08Katanya langkah ini diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar dan memberi ruang kepada mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian.
01:18Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Nurliza Abdul Rahim semasa membentangkan Belanjawan 2026 mengumumkan pendidikan percuma PTPTN melibatkan 5,800 pelajar daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA dengan peruntukan RM120 juta setahun.
01:36Selain itu, bayaran balik PTPTN dikecualikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah yang memperolehi ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama di IPTA dengan peruntukan RM90 juta setahun yang akan memberi manfaat kepada sekitar 6,000 peminjam.
01:55Nurliza berkata pengecualian bayaran balik PTPTN adalah sebagai penghargaan kepada pelajar cemerlang.
02:03Ujarnya, kerajaan juga terus menitikberatkan usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi di Malaysia.
02:10Sehubungan itu, pelajar digalakkan untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian dan mencapai kecemerlangan akademik.
02:18Nurliza berkata perincangan lanjut berkenaan pelaksanaan inisiatif di bawah Belanjawan 2026 akan diumumkan dalam masa terdekat.
02:26Mengenai sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu dan bekerja di luar negara tetapi culas untuk membuat bayaran balik,
02:35beliau berkata kerajaan menekankan kepentingan kelestarian dana PTPTN bagi memastikan generasi masa depan berpeluang menikmati kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi.
02:44PTPTN merupakan kemudahan pinjaman yang perlu dilunaskan semula bagi menjamin kesinambungan dana kepada peminjam baru.
02:52Oleh itu, sekatan perjalanan ke luar negara akan dilaksanakan secara bersasar kepada peminjam yang mempunyai tunggakan.
02:59Baik, kalau tadi itu berkaitan dengan pendidikan, ini pula adalah berkaitan dengan ekonomi yang mana Belanjawan 2026 mengekalkan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dan sokongan terhadap perniagaan kecil
03:14khususnya melalui kesinambungan bantuan tunai serta peluasan akses pembiayaan kepada usahawan mikro.
03:21Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalan Malaysia Berhad, Dr. Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid, langkah ini bukan sahaja membantu keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menghadapi beban kos hidup.
03:33Pada masa sama ia menjadi pemangkin kepada perbelanjaan domestik jangka pendek yang seterusnya menjana hasil kepada peniaga tempatan.
03:40Peruntukan untuk bayaran pindahan seperti sumbangan tunai rahmah, sumbangan asas ramah dikekalkan dalam keadaan ataupun amount yang masih sama atau amount yang besar saya kira
03:53RM15 bilion bagi tahun 2026 bagi tahun ini STI pun dalam sekitar RM15 bilion juga dan kita lihat bantuan awal persekolahan juga diberi untuk 5.2 juta murid-murid sekolah nanti
04:08sekitar RM150 seorang. Jadi untuk situasi ekonomi bagi jangka pendek ini juga diambil kira dengan tuntas lah kerana amount ini sedang pasti dia akan menjanakan suatu lempahan ekonomi lah
04:25maksudnya dia akan diterjemahkan dalam bentuk perbelanjaan dan perbelanjaan tersebut akan diterjemahkan hasil bagi para peniaga.
04:33Selain itu, dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan, peruntukan syarikat jaminan pembiayaan perniagaan SJPP turut ditingkatkan.
04:42Langkah ini membuka akses yang lebih luas kepada modal bagi usahawan mikro dan perusahaan kecil segmen yang menjadi nadi utama kepada ekonomi domestik.
04:50Peningkatan keupayaan pembiayaan dijangka memberi kesan limpahan yang luas terhadap ekonomi tempatan.
04:55Apabila lebih ramai usahawan mikro mendapat akses kepada pinjaman dan modal pusingan, permintaan terhadap bahan mentah, peralatan dan tenaga kerja juga meningkat.
05:05Kesan ini akan memperkukuh kitaran ekonomi domestik di mana perbelanjaan rakyat menggerakkan sektor perniagaan kecil, seterusnya menambah hasil kerajaan melalui cukai dan pulangan pelaburan sosial.
05:15Baik, ini pula reaksi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Ideas yang menyambut baik penekatan berkhidmat kerajaan dalam belanjawan 2026,
05:26namun menyuarakan kebimbangan terhadap kekurangan reformasi fiskal yang lebih menyeluruh.
05:33Belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Merangkap Menteri Keuangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
05:37dilihat meneruskan usaha penstrukturan semula perbelanjaan ke arah membantu golongan memerlukan sambil mengekalkan pengukuhan fiskal.
05:48Ideas menyatakan bahawa unjuran defisit fiskal sebanyak 3.5% daripada KDNK adalah selaras dengan Akta Keuangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
05:58Namun struktur belanjawan yang kaku dan peningkatan perbelanjaan mengurus, terutamanya gaji, pencen dan hutang, menghadkan ruang untuk pelaburan baru.
06:08Perbelanjaan pembangunan kekal pada RM81 bilion, sebagian besarnya tertumpu kepada projek sedia ada,
06:14sekaligus menghadkan pelaburan berimpak tinggi di bawah RMK13.
06:19Ideas turut menegaskan bahawa kedudukan hutang negara yang tinggi,
06:23mencecah 64.7% daripada KDNK, meninggalkan sedikit ruang fiskal untuk menghadapi kejutan ekonomi masa hadapan.
06:32Dalam aspek daya saing, Ideas memuji tumpuan kerajaan terhadap sektor berimpak tinggi,
06:37seperti semikonduktor, AI dan klestarian, termasuk pelaksanaan cukai karbon dan reformasi insentif pelaburan.
06:45Ideas menyambut baik peningkatan peruntukan kepada Parlimen dan usaha reformasi institusi,
06:51namun menegaskan keperluan untuk memperkukuh ketelusan dalam proses perolehan dan pelaksanaan reformasi legislatif
06:58seperti pemisahan kuasa peguam negara dan pedawa raya.
07:03Ideas turut mengalung-alungkan peningkatan peruntukan kepada komuniti terpinggi,
07:07namun menyatakan bahawa pelaburan jangka panjang dalam sektor sosial
07:11seperti kesihatan awam dan penjagaan kanak-kanak masih belum mencukupi.
07:16Ideas menegaskan bahawa Belanjawan 2026 berjaya mengurus tekanan semasa,
07:21namun kemajuan berterusan bergantung kepada keberanian kerajaan melaksanakan reformasi fiskal
07:27dan institusi yang sebenar demi masa depan ekonomi negara.
07:51Terima kasih telah menonton!
08:21Terima kasih telah menonton!
08:51memahami kenyataan Ideas yang saya bacakan sementara tadi,
08:54saya akan bersama dengan Puan Aira Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif Ideas Malaysia
08:57yang sudah pun bersedia secara dalam talian.
09:00Pertama sekali Puan, terima kasih kerana bersama dengan Isra Wani.
09:04Mungkin Puan boleh bantu kami yang mungkin ada kurang,
09:07ialah tak semua datang daripada latar ekonomi
09:09untuk memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan
09:12kerajaan berhemah tetapi kurang reformasi fiskal.
09:17apa maksud sebenar daripada kenyataan ini dan mungkin apa indikator utama
09:21untuk menilai keberanian kerajaan dalam melaksanakan reformasi fiskal?
09:26Ya, jadi sebenarnya belanjawan pada kali ini kita lihat
09:33kerajaan dilihat lebih fokus kepada hasil jangka pendek.
09:39Jadi sebagai contoh, kita lihat tiada inisiatif baru
09:44untuk memperluaskan atau meningkatkan kutipan hasil.
09:49Contohnya tiada cukai baru yang diperkenalkan
09:54dan tambahan pula dengan dividen Petronas
09:58yang telah menjadi separuh kalau tak selam saya
10:02daripada dividen yang tahun-tahun sebelumnya
10:06dan banyak faktor yang di luar kawalan kerajaan sebenarnya
10:12kerana dengan harga minyak global dan keadaan ekonomi
10:16dan geopolitik global yang tidak stabil.
10:20Jadi apa yang kami bangkitkan dalam kenyataan kami ialah
10:23isu di mana bagaimana hasil negara akan diperkembangkan
10:30bila tuntutan semakin meningkat untuk kerajaan berbelanja
10:36dengan lebih terutamanya dalam sektor kesihatan
10:40contohnya dengan kita punya Malaysia sedang menghadapi
10:45aging society ataupun masyarakat yang menua.
10:49Jadi saya rasa kekurangan dari segi belanjawan pada kali ini
10:54ialah tentang peningkatan hasil itu.
10:56Jadi mungkin jangka pendek penting sudah tentu
11:05tetapi jangka panjangnya saya rasa kerajaan perlu ada
11:12perbincangan ataupun libat urus yang lebih serius
11:16tentang di mana kita akan menjana hasil negara
11:21terutama sekali mungkin kita kena tengok pada bahagian
11:26percukaian yang saya rasa kurang dibincangkan
11:30dalam masyarakat dan juga dari libat urus antara kerajaan
11:34dan juga masyarakat lah. Jadi ini perlu diterliti dengan
11:37lebih mendalam saya rasa.
11:39Ya dan kalau kita lihat kenyataan juga idea sehada
11:42menekankan keperluan memperluas asas hasil cukai dan
11:45menambah ruang fiskal. Mungkin Puan boleh jelaskan
11:48bagaimana penstrukturan semula hasil negara ini boleh
11:50dilakukan tanpa membebankan rakyat tetapi pada masa yang
11:54sama menutup ruang ketirisan yang masih wujud dalam sistem
11:57percukaian dan juga subsidi.
11:58Ya jadi pematuhan cukai itu harus menjadi keutamaan.
12:05Saya rasa ini sangat penting dan saya rasa yang amat berhormat
12:09Perdana Menteri, Menteri Kewangan juga ada bangkitkan
12:12bagaimana pematuhan cukai itu mungkin telah meningkat atau
12:16telah lebih baik dan ini menyumbang juga kepada peningkatan
12:22hasil cukai. Tetapi apa yang kami ingin tekankan ialah untuk
12:27jangka masa panjang setakat pematuhan sahaja tidak
12:31mencukupi. Kita perlu memperluas kutipan cukai dan
12:37kerajaan telah memperkenalkan SST kan baru-baru ini cukai SST
12:43dan saya rasa ada impaknya kepada kewangan negara namun
12:49masih belum mungkin masih belum capai tahap GST pada satu ketika
12:56dahulu dan saya rasa antara concern yang kami ada ialah
13:02dengan bagaimana kita nak menghadapi cabaran global kerana
13:08ketidaktentuan di peringkat global sebenarnya akan mendatangkan
13:12kesan kepada harga minyak dan seperti kita tahu yang saya sebutkan
13:16tadi apabila dividen Petronas semakin berkurang hasil kerajaan itu
13:22akan menjadi satu titik pertanyaanlah di mana hasil itu boleh kembangkan
13:28lagi. Jadi mungkin dari segi cukai kita kena lihat dari segi
13:32consumption tax iaitu SST yang kita dah sebutkan tadi. Kemudian
13:38sebenarnya kadar kutipan cukai pendapatan sebenarnya di Malaysia
13:44mungkin tak seluas yang sepatutnya kerana kadar gaji di Malaysia
13:50supaya kita tahu masih lagi agak rendah ataupun agak stagnan. Dia tak
13:55meningkat dengan yang sepatutnya. Jadi ini antara perkara yang perlu kita
14:00teliti semula dan mungkin juga cukai cukai kepada perniagaan juga yang
14:06harus kita teliti semula. Jadi ini antara fokus kepada belanjawan
14:12seterusnya mungkin yang kita ingin lihat. Tentu sekali kami memahami
14:18political constraint iaitu bercakap tentang cukai ini adalah satu yang
14:24tidak popular lah dari segi politik dan rakyat Malaysia mungkin tak takkan
14:30mudah untuk menerima kenaikan kadar cukai. Tetapi inilah di mana pendidikan
14:35untuk rakyat dan juga komunikasi dari pihak kerajaan itu sebenarnya amat penting
14:42untuk bagi kesedaran lah kepada masyarakat kenapa penting untuk kita
14:47tingkatkan kadar hasil kerajaan.
14:50Puan mungkin berdasarkan pengalaman dan juga penilaian pihak idea sendiri
14:54mungkin ada model tertentu dari sudut antarabangsa ataupun dari sudut teori
14:58ekonomi sendiri yang boleh mungkin dijadikan merujukan oleh pihak kerajaan
15:02untuk memperkukuhkan integriti fiskal.
15:07Ya jadi sebenarnya Akta Kewangan Awam dan Tangjawab Fiskal ialah Fiscal
15:11Responsibility Act yang diluluskan pada tahun 2023 itu sebenarnya adalah satu
15:17guideline yang saya rasa sudah agak bagus untuk pihak kerajaan patuhi dan
15:25sebenarnya Akta FRA ini juga dah meletakkan sasaran sebanyak 60% iaitu
15:34kadar hutang kepada KDNK. Jadi sebenarnya saya rasa Akta FRA ini telah
15:44menyediakan beberapa guideline yang agak baik untuk dipatuhi oleh kerajaan.
15:51jadi saya rasa kita fokus kepada pematuhan FRA dahulu dan saya rasa
15:59dia tak akan datang perubahan tak akan datang overnight sebab hutang
16:05nisbah hutang kerajaan kepada KDNK sekarang mencecah 64.7% masih lagi tinggi
16:12kalau dibandingkan dengan sasaran dalam FRA iaitu 60%. Jadi I think we should
16:18work towards that dahululah dan hutang negara ni dia tak ada dia mungkin
16:24belum lagi sampai tahap di mana kita perlu kurangkan dengan drastik tetapi kita
16:31kena ada satu usaha lah untuk kita go towards that target. Jadi ini jadi saya
16:38sebenarnya ingin tekankan kepentingan FRA ini untuk sebagai satu guideline dan
16:46juga sebagai panduan untuk kerajaan dalam you know in managing
16:52fiscal, kadar fiscal negara. Ya tentunya banyak lagi yang kita akan
16:57dengarkan daripada Puan Aira yang mewakili pihak Ideas, Ketua Pegawai
17:00Eksekutif Ideas Malaysia tetapi kita perlu berhenti berehat seketika
17:04kembali selepas ini.
17:16Baik kembali lagi dalam pantau agenda reformasi saya masih lagi bersama
17:19dengan Puan Aira Azhari Ketua Pegawai Eksekutif Ideas Malaysia untuk kita
17:24memahami sendiri apa sebenarnya yang dimaksudkan ataupun apa yang disarankan
17:28disarankan oleh pihak Ideas dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh
17:33Yang Ahmad Perhormat Perdana Menteri. Puan kalau kita meneliti kenyataan Ideas
17:38Ideas ada juga menyambut baik pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen tetapi pada
17:43masa yang sama menegur juga Akta Perolehan Kerajaan yang masih
17:46mengekalkan pengaruh Menteri dalam proses standar. Adakah di sini yang dimaksudkan
17:51ada terdapat unsur ataupun elemen paradoks di mana reformasi dijalankan
17:56tapi kuasa politik masih mengekang aspek ketelusan itu?
18:03Ya jadi kalau kita lihat seperti Akta Perolehan Kerajaan yang ramai yang
18:10berpendapat bahawa baguslah kita dah ada Akta daripada dulu kita tak ada
18:16Akta langsung yang mengawal proses perolehan di Malaysia tetapi apabila
18:24akta seperti perolehan kerajaan ini memberi kuasa yang terlalu banyak
18:30ataupun terlalu kuat kepada Menteri ini sebenarnya adalah satu
18:35development yang saya rasa agak merisaukan sebab ketelusan dan
18:41accountability ialah sepatutnya menjadi satu dasar yang yang minimumlah untuk
18:50semua semua pembaharuan institusi ataupun meningkatkan integriti
18:58sebenarnya kita tak boleh beri lebih banyak kuasa kepada satu-satu individu
19:06tak kisahlah Menteri ataupun pegawai tinggi kerajaan ataupun mana-mana individu
19:12sebab bila kita memberikan kuasa yang terlalu banyak inilah yang akan
19:16mendatangkan isu potensi isu-isu seperti penyalahgunaan kuasa dan sebagainya
19:26ya. Jadi saya rasa on one hand kita ada Ata Perkhidmatan Parlimen yang
19:33walaupun tidak sempurna Ata Perkhidmatan Parlimen itu saya rasa wajar
19:38juga untuk kita puji kerana ada satu langkah lah ataupun langkah pertama
19:44untuk kita terus memperkasa peranan Parlimen kita walaupun dari segi
19:51kewangan ataupun kemandirian kewangan financial independence itu
19:55Parlimen belum ada lagi seratus peratus seperti yang kita kita lihat di
20:01banyak demokrasi lain. Jadi jadi kuasa kuasa yang diletakkan kepada
20:08menteri dalam atas perolehan ataupun mana-mana akta sahaja ini sebenarnya
20:15adalah salah satu daripada kekanganlah kepada ketirisan untuk kita mengelakkan
20:22ketirisan dan juga mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan kenapa ini penting
20:27aspek yang penting untuk kita teliti kerana dalam proses kita kita nak ekonomi
20:37Malaysia terus berkembang pesat dan maju kita kena lihat pada aspek governance
20:44jugalah dan ini aspek pentadbiran dan juga integriti sangat penting kerana ia ada
20:51impak juga kepada kepercayaan kepercayaan yang pelabur-pelabur ada kepada
20:57Malaysia. Jadi saya rasa ada betul Farhan kata tadi ada sedikit percanggahan
21:05saya rasa di antara pembaharuan institusi yang ingin dilakukan oleh
21:10kerajaan Madani. Ya. Puan kita pun dah tak banyak masa mungkin saya nak tahu
21:14saranan ataupun tiga saranan konkret yang mungkin realistik untuk
21:21dilaksanakan dalam kerajaan dalam tempoh masa terdekat yang mungkin datang
21:24daripada pihak idea sendiri ataupun yang mana Puan rasakan sendiri boleh
21:29ataupun tidak mustahil untuk dilakukan dalam tempoh enam bulan akan datang
21:33mungkin. Ya ini satu kalau dalam masa enam bulan ni biasanya kalau nak
21:44perubahan yang terlalu drastik ataupun terlalu besar itu mungkin kita
21:48susah untuk kita lihat. Tetapi saya rasa tujuan ataupun niat kerajaan untuk
21:55mengurangkan ketirisan dan juga memperluaskan lagi integriti institusi
22:01kita iaitu yang pertama yang saya rasa perlu dilaksanakan dan saya agak happy lah
22:08bila dalam kita punya belanjawan ada sebut tentang pemisahan kuasa antara
22:12pendakwa raya dan juga peguam negara. Jadi saya rasa dalam tempoh yang
22:18terdekat ni kita kerajaan harus laksanakan dengan dengan sebaik mungkin
22:23walaupun prosesnya mungkin akan mengambil masa sebab akan ada pindaan
22:27perlembagaan dan sebagainya. Tetapi saya percaya proses itu sudah
22:30dimulakan. Jadi itu yang pertama pemisahan kuasa antara AG dan juga PP
22:35harus diutamakan. Yang kedua saya rasa kita kena ada satu perbincangan yang
22:41lebih teliti yang lebih menyeluruh tentang sistem cukai kita bagaimana
22:47sistem cukai kita dapat membantu dalam memperluaskan lagi hasil kerajaan dan
22:54walaupun susah untuk kita ada perbincangan ni tak ada siapa suka bayar
22:58cukai tetapi perbincangan ni perlu dimulakan. Dan mungkin yang ketiga saya
23:02boleh sarankan ialah tentang subsidi aa dan aa budi 95 aa walaupun baru
23:09jadi baru saja dilaksanakan oleh kerajaan tetapi aa subsidi itu masih ada lagi. Jadi
23:14budi 95 itu aa mungkin ada ada aa penambahbaikan lah sebab sekarang kita
23:19dah ada kota 300 liter dan aa kalau aa foreigner non Malaysian aa tak boleh akses lagi
23:25kepada subsidi tersebut aa tetapi pada pendapat kami masih tak cukup lagi sebab aa ia masih lagi
23:31lagi sistem subsidi petrol yang aa menelan perbelanjaan yang sangat tinggi
23:37sebenarnya daripada pihak kerajaan. Jadi mungkin saya boleh sarankan tiga tiga tu
23:41dulu. Ya. Baik. Terima kasih Puan Aira Azhari Ketua Pegawai Ezekatif Ideas
23:46Malaysia yang telahpun menerangkan apa sebenarnya yang dituntut oleh pihak Ideas
23:50Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan aa mengenai belanjawan 2026 yang
23:53dibentangkan oleh Yang Ahmad Muhammad Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
23:56tentunya aa segala aa perkembangan berkenai apa juga reformasi ataupun yang aa
24:02dilakukan kerajaan dalam tempoh aa aa 6 bulan yang akan datang mungkin akan kami
24:07bawakan dari semasa ke semasa. Itu saja yang dapat saya bawakan untuk pantau agenda
24:12reformasi jam ini. Saya Farhan Hakimi. Salam hormat.
24:15Terima kasih kerana menonton!
Comments