00:00Kumpulan pejuang Hamas mengesahkan pihaknya masih berhubung dengan perantara antarabangsa mengenai peralihan kepada fasa kedua perjanjian genjatan senjata di Gaza.
00:09Namun, menurut jurucakapnya, Hazim Khasim, Israel bertindak melancarkan serangan ketika tempoh genjatan senjata masih berkuat kuasa sekaligus menjejaskan usaha untuk
00:19memajukan proses berkenaan.
00:23Ujarnya komunikasi dengan perantara masih diteruskan bagi mencapai pendekatan yang disifatkan sebagai munasabah dan boleh diterima bagi pelbagai aspek dalam
00:32fasa kedua perjanjian tersebut.
00:35Menurut laporan agensi antarabangsa, kenyataan itu dibuat ketika rundingan untuk beralih ke fasa kedua kejatan senjata yang berkuat kuasa pada
00:4310 Oktober 2025 dilaporkan terhenti selain Israel didakwa terus melanggar perjanjian berkenaan.
00:50Hazim turut menuduh Israel melemahkan perjanjian itu menerusi tindakan ketenteraan serta kenyataan politik terkini.
00:59Dakwa beliau, Israel telah berpaling daripada perjanjian tersebut dengan merujuk kepada pengumuman bahawa ia akan menguasai lebih 70% wilayah
01:08Gaza serta rancangan yang didakwa Hamas sebagai usaha memindahkan penduduk Palestine di kawasan berkenaan.
01:15Pada 28 Mei lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengakui bahawa pasukan tenteranya kini menguasai kira-kira 60% Gaza
01:24dan menyatakan kawasan tersebut akan diperluaskan sehingga 70%.
01:29Kenyataan tersebut telah menjejaskan kredibiliti semua pihak yang terlibat dalam proses berkenaan dan menggesa perantara untuk mengambil pendirian yang jelas
01:39serta tegas.
01:40Di bawah fasa kedua pelan Gaza yang dicadangkan Amerika Syarikat, Israel dijangka melaksanakan pengunduran lanjut dari wilayah itu.
01:49Manakala pasukan penstabil antarabangsa akan mengambil alih tanggungjawab keselamatan termasuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan serta bahan pembinaan semula.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments