Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Belanjawan 2026 menyeimbangkan antara rangsangan pelaburan, sokongan terhadap pertumbuhan sektor ekonomi baharu serta menyediakan bantuan sosial, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Seri Khairussaleh Ramli.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Belanjawan 2026 menyeimbangkan antara rangsangan pelaburan, sokongan terhadap pertumbuhan sektor ekonomi baru serta menyediakan bantuan sosial, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Sri Khairul Salih Ramli.
00:13Beliau yang juga merupakan pengurusi persatuan bank-bank di Malaysia, memuji pendekatan meluas di ambil kerajaan, sambil berkata Belanjawan 2026 juga mengekalkan disiplin fiskal untuk terus berada di nandasan yang betul.
00:25Ia seiring sasaran jangka sederhana akta tanggungjawab fiskal iaitu defisit Belanjawan 3.0% kepada keluaran dalam negara kasar KDNK.
00:36Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, pembentangan Belanjawan 2026 dibuat ketika Malaysia sedang berdepan cabaran global daripada ketegangan perdagangan dan tekanan tarif, tekanan kos sari hidup domestik dan dorongan baru di bawah rancangan Malaysia ke-13.
00:50Khairul Salih berkata, Belanjawan itu juga kekal komitet memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan yang terpinggir.
00:58Selain itu, ujar beliau, Belanjawan 2026 juga menangani isu rakyat berkaitan kos sari hidup, termasuk inflasi perubatan dengan pengembangan dan lanjutan pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan takaful,
01:11serta menangani peruntukan, penyelenggaraan dan kualiti infrastruktur awam, penjagaan kesihatan, pendidikan dan perumahan.
01:19Beliau berkata, industri perbankan menyokong usaha kerajaan untuk membina ekonomi ASEAN yang bernilai tinggi melalui pelaburan strategik dalam ekonomi baharu yang termasuk semikonduktor, peralihan tenaga dan industri digital.
01:34Menurutnya, dari segi ekonomi inklusif, Maybank memuji komitmen berterusan kerajaan dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serta keusahawanan.
01:44Dari segi pembiayaan, pihaknya akan menjalankan tanggungjawab untuk bekerjasama dengan syarikat jaminan pembiayaan perniagaan Berhad SJPP dalam pelbagai inisiatif baru seperti program berasaskan ekspor.
01:58Karus Ali berkata, bank itu juga menyokong penuh hala tuju kerajaan menerusi ekonomi rentas sepadan, khususnya dalam pembangunan ekonomi khas Johor Singapura, JSSEC, yang mengukuhkan kedudukan Johor sebagai pintu masuk strategik Malaysia.
02:14Sebagai langkah awal, Maybank katanya telah menggerakkan RM8 bilion dari segi pembiayaan dan pelaburan dalam JSSEC dan membantu menubuhkan dua pejabat keluarga tunggal atau SFO dengan sebelas lagi dalam perancangan.
02:29Mengenai komitmen berterusan kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju global dalam ekonomi Islam, beliau berkata langkah itu sejajar dengan peranan Maybank memajukan kewangan Islam dan perbankan berasaskan nilai dengan memacu penyelesaian kewangan inklusif dan beretika yang menggalakkan pertumbuhan saksama, kemampanan dan impak sosial.
02:50Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended