Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai langkah penting ke arah reformasi ekonomi Malaysia, dengan fokus kepada pertumbuhan inklusif, pelaburan strategik, perlindungan sosial dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi. KRI menekankan bahawa ketahanan negara perlu berkembang menjadi kekuatan strategik untuk membuka potensi sebenar Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Institut Penyelidikan Kazanah KRI menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai langkah penting untuk membawa Malaysia ke fasa baharu reformasi dengan menumpukan kepada pertumbuhan inklusif dan kekuatan strategik jangka panjang.
00:13KRI dalam satu kenyataan berkata, Belanjawan kali ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus melabur dalam industri strategik, pelindungan sosial dan infrastruktur sambil memastikan daya saing serta kewangan awam kekal mampan.
00:25Hujanya ketahanan sebenar bukan hanya tentang bertahan menghadapi kejutan ekonomi tetapi kebolehan untuk bangkit lebih kuat dan menyesuaikan diri dengan perubahan.
00:35Belanjawan 2026 turut memperkukuh agenda perindustrian negara berpandukan Pelan Induk Perindustrian Negara 2030 dan peta hala tujuh peralihan tenaga negara termasuk usaha memacu pelaburan dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh berharu dan kecedasan buatan.
00:50Dalam aspek kesejahteraan rakyat, KRI menyambut baik program seperti payung rahmah, ikhtiar dan pemadani, sumbangan tunai rahmah dan sumbangan asas rahmah yang memperkukuh jaringan pelindungan sosial serta keselamatan makanan rakyat.
01:03KRI juga memuji langkah kerajaan menampak baik sistem kesihatan awam dan memperkukuh latihan tivat bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi namun menegaskan keperluan reformasi gaji agar manfaat perbangunan turut dirasai pekerja tempatan.
01:16Tegasnya lagi Malaysia kini perlu bergerak daripada sekadar bertahan kepada membina kekuatan strategik yang mampu membuka potensi sebenar negara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended