Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat ini diharap akan menonjolkan ketegasan kerajaan dalam menangani isu integriti, rasuah dan pemerkasaan peranan agensi penguat kuasa di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ketegasan itu penting bagi memastikan semua agensi dapat bergerak secara bersama dalam membanteras rasuah dan ketirisan wang negara.
Transcript
00:01Pembentangan Belanjawan 2026 Jumaat ini diharap akan menunjulkan ketegasan kerajaan dalam menangani isu integriti dan rasuah sekaligus memperkasakan peranan agensi penguatkuasa di seluruh negara.
00:14Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Tan Sri Azambaki berkata, ketegasan itu penting bagi memastikan semua agensi dapat bergerak secara bersama dalam membantras rasuah.
00:26Beliau berkata SPRM optimis untuk mengembalikan wang milik kerajaan yang hilang kepada rakyat.
00:33Bagi mencapai objektif itu, Azam berkata, beliau telah mengumumkan pada awal tahun lalu bahawa fokus SPRM adalah menumpukan kes bersindikit yang membabitkan kerugian kewangan besar kepada negara.
00:45Beliau memaklumkan strategi SPRM tahun ini juga berpaksikan usaha memulihkan dana awam yang hilang atau dicuri bagi mengurangkan ketirisan.
00:53Ini sejajar komitmen SPRM, membantras rasuah secara sistematik dan berkesan.
Comments

Recommended