00:00Malaysia kini muncul sebagai peneraju global dalam pembangunan aset digital patuh syariah selepas Luno menjadi bursa pertama di dunia yang
00:07menawarkan Ethereum staking yang disahkan patuh syariah hasil simakan M&A Advisors yang diiktiraf suruhan jaya sekuriti Malaysia.
00:15Pensijilan ini meletakkan Malaysia sebagai pasaran pertama yang membolehkan umat Islam melabur dalam staking Ethereum secara patuh syariah sekaligus mencetuskan
00:23peningkatan ketara penyertaan pelabur Muslim dalam produk digital yang lebih selamat, telus dan berlandaskan prinsip syariah.
00:30Jadi untuk bersama dengan kita mengulas lebih lanjut Malina Tarmizi, pegawai amkanan Luno Malaysia. Assalamualaikum, selamat pagi Malina.
00:38Waalaikumsalam, selamat pagi Anabila.
00:40Terima kasih kerana sudi bersama dengan kami di Niagawani. Kalau kita nak lihat lebih lanjutlah ramai yang melihat pasaran kripto
00:46ini macam seolah-olah gambling sebab harga turun naik mendadak.
00:50Jadi macam mana Luno pastikan produk yang patuh syariah ini tidak menggalakkan unsur maizir ataupun perjudian dalam kalangan pengguna? Mungkin
00:57Amalina boleh jelaskan.
00:59Baiklah, isu spekulasi dan pelaburan dalam kripto ini memang ada sesuatu perkara yang sering dibincangkan.
01:05Namun, kita patut tahu bahawa pasaran kripto itu memang secara umumnya bersifat volatiliti.
01:12Dengan dagangan yang boleh dibuat secara 24 jam tanpa henti, pastinya perubahan harga memang boleh berlaku dengan pantas.
01:20Dan juga selain itu, pasaran kripto juga mudah dipengaruhi dengan pelbagai faktor seperti sentimen pelabur,
01:28perkembangan teknologi baharu, berita dan pelbagai lagi faktor yang boleh mempengaruhi harga.
01:33Jadi, volatiliti ini memang sebahagian dan sifat daripada risiko pelaburan kripto itu sendiri.
01:41Jadi, di Luno apakah tindakan kami dalam memastikan kripto tidak dilihat sebagai gambling ataupun maizir?
01:50Jadi, secara asasnya di Luno, pengguna melabur secara real time bermaksud menggunakan harga semasa
01:57ataupun dalam bahasa mudahnya yang dipanggil spot trading. Jadi, di situ tiada unsur perjudian
02:03kerana pembayaran yang akan terus dipuat apabila pengguna bersetuju dengan harga yang telah dinyatakan dan dipaparkan.
02:10Dan harga ini akan turut berubah selepas 60 saat kerana kita mengikut harga semasa pasaran.
02:15Jadi, di situ memang kita galakkan pengguna untuk, memang kita, pengguna memang akan membayar harga secara spot,
02:22on the spot secara semasa. Dan bagi fungsi exchange pula, pengguna boleh meletakkan sasaran harga
02:30untuk jual atau pembeli. Namun, dagangan ini hanya akan dilaksanakan apabila harga tersebut
02:36sepadan dengan harga semasa pasaran dan juga terdapat permintaan yang sepadan dengan harga jual atau pembeli.
02:43Dan juga transaksi bayaran hanya akan dilakukan apabila pesanan itu sepadan
02:49dan dibuat serta-merta tanpa bertangguh. Namun begitu, kami di Luno juga sering menggalakkan,
02:55memang kami menggalakkan pengguna-pengguna kami untuk membuat keputusan yang termaklum,
03:00jangan melabur tanpa sebarang tujuan, tahu aset-aset kripto yang ingin dilaburkan,
03:07semak banyak info, semak dengan, kalau boleh semak dengan penyiasat kewangan bertahuliah
03:13untuk membuat, untuk pastikan pelaburan yang dibuat adalah satu keputusan yang termaklum.
03:17Tapi kalau kita nak tengoklah dalam kewangan Islam tradisional kan,
03:21sesuatu aset perlu ada nilai fizikal ataupun manfaat nyata dan memandangkan
03:25Ethereum ataupun Solana ini tak nampak di depan mata ataupun kita kira sebagai digital,
03:30bagaimana ia boleh dianggap sebagai mal? Amalina?
03:34Baiklah, mengenai nilai interestik digital, pandangan bahawa mal ataupun aset harta ini
03:42mempunyai, perlu mempunyai bentuk fizikal adalah berdasarkan pandangan
03:46Mahzab Hanafi. Namun di Malaysia, kita sebagai bursa aset digital yang dikawal
03:53selia di Malaysia, kami menggunakan keputusan syariah yang dibuat oleh
03:59Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai rujukan utama
04:04dalam isu-isu berkaitan syariah. Okey, mengikut, jadi bila kita cross-check balik,
04:10mengikut takrifan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, aset digital di Malaysia
04:16dianggap sebagai mal perana ia memenuhi ciri-ciri mal iaitu ianya boleh
04:24ianya bermilai dan boleh diterima oleh awam sama ada sebahagian ataupun
04:30sepenuhnya dan ianya juga boleh dimiliki iaitu boleh disimpan dan dikawal.
04:36Maksudnya di sini, aset-aset digital ini boleh digunakan untuk utility,
04:41untuk pembayaran dan kita boleh mengawalnya sama ada untuk pindahkan
04:45ke wallet lain. Jadi di situ kita dapat lihat bahawa kedua-duanya memenuhi
04:51syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
04:56Jaya Sekuriti Malaysia. Tapi saya ingin tekankan di sini bahawa
05:01jika kita, jika orang awam ingin mengetahui lebih lanjut mengenai
05:09status-status syariah aset digital di Malaysia dan jika terdapat
05:14sebarang soalan berkaitan dengan isu-isu syariah berkaitan aset digital
05:18boleh menyemak lama web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk lebih
05:23maklumat lanjut dan lebih telus di situ. Kita nak faham lebih lanjut
05:27tentang risiko slashing dalam staking. Sebab kalau kita lihat dalam
05:31proses staking Ethereum, ada risiko slashing iaitu penalti kehilangan
05:34Ethereum jika validator buat silap. Jadi adakah risiko kerugian modal
05:39sebegini boleh dianggap sebagai garar iaitu ketidakpastian melampau
05:42dan macam mana Luno uruskan isu ini dari sudut syariah?
05:46Baik, perkara ini agak menarik dan juga memang adalah satu
05:52perkara yang sering dibincangkan dalam staking iaitu isu slashing
05:56jadi sedikit informasi mengenai slashing adalah penalti yang
06:02dikenakan terhadap pengesah apabila terlaku kesilapan. Jadi dari
06:07situ ganjaran yang terima akan kurang daripada biasa. Jadi apakah isu
06:14garar dalam staking ini? Baik, dalam Islam itu sendiri garar
06:18merujuk kepada ketidakpastian melampau sehingga pihak yang
06:23berkontrak, pihak yang terlibat tidak tahu apa yang dibeli
06:26ataupun risiko yang diambil. Dari sini kita dapat lihat garar ini
06:30adalah suatu perkara yang tidak diketahui. Satu penglibatan
06:36antara kita dengan dengan produk itu dan kita tidak tahu apakah
06:40risiko-risiko yang wujud dengan pelaburan tersebut. Apakah
06:43yang dibeli? Apakah yang berlaku? Jadi di sini jika pengguna
06:47tersebut tidak mengetahui apa-apa mengenai proses pelaburan
06:51yang disertai maka ia akan berlaku garar melampau. Namun
06:57begitu boleh saya ingatkan bahawa bukan semua risiko itu adalah
07:04garar sebab sifat pelaburan itu sendiri memang ada risiko.
07:10risiko itu memang sebahagian daripada pelaburan. Walaupun
07:14sedikit memang setiap pelaburan pastinya ada risiko. Jadi untuk
07:19kami menguruskan risiko-risiko ini dari segi selari dengan sudut
07:25syariah adalah untuk mengelakkan garam melampau pastinya kami amat
07:31telus dalam pengurusan risiko. Pertama sekali kami amat telus
07:36dalam memaklumkan risiko kepada pengguna kami. Jadi sebelum pengguna
07:40jika pengguna nak menyertai stake di Luno mereka perlu bersetuju
07:46dahulu perlu memahami perlu merujuk dahulu kami punya artikel-artikel
07:53bantuan mengenai fungsi stake untuk memahami dan bersetuju
07:58mengenai risiko-risiko yang wujud dalam perkhidmatan tersebut. Jadi
08:03di sini kami ingin tegaskan bahawa tiada risiko tersembunyi
08:06apabila pengguna menyemak semua makluman-makluman yang dipaparkan
08:10dalam platform kami. Okey kita nak sentuh berkata dengan sorry kalau kita
08:16boleh terus ke tentang purification lah proses penincian sebab kita
08:20ada lebih kurang tiga minit ya Malina. Kalau kita lihat sekiranya
08:23terdapat pendapatan yang tidak patut syari Allah secara tidak sengaja
08:26contohnya dari perganjaran MEV tertentu dalam blockchain. Bagaimana
08:30sebenarnya proses penincian ataupun cleansing yang diamalkan oleh
08:33Luno untuk pastikan baki aset pengguna tetap halal?
08:38Baiklah ini sebenarnya soalan yang sangat menarik kerana secara
08:41teknikalnya MEV ini berlaku apabila terdapat tambahan protokol asas
08:47serta tambahan terhadap protokol asas yang diletakkan. Jadi
08:50di Luno sendiri kami membuat langkah proaktif untuk tidak untuk
08:56meminimalkan terus MEV contohnya dengan menawarkan staking bersifat
09:02asas sahaja yang dipanggil vanilla staking. Jadi dari sini ganjaran
09:07yang diterima hanyalah daripada penyertaan sebagai persekter staking
09:12dan juga usaha yang dibuat daripada pengasahan transaksi. Jadi
09:19daripada situ ganjaran akan diterima. Dan juga bila kami
09:25emphasize pasal kami hanya menawarkan vanilla staking. Dari situ
09:29dapat faham bahawa jika terdapat protokol tambahan iaitu MEV
09:34ataupun sebagainya ia memerlukan persetujuan konsensus daripada
09:39banyak pihak. Jadi perkara ini tidak boleh dibuat secara tidak
09:42sengaja kerana ia memerlukan aa persetujuan dan penambahan
09:46protokol tambahan di atas aa tapi jika ia tetap berlaku which is very
09:53minimal mungkin hampir tidak akan berlaku dari segi sudut teknikal
09:57namun jika ia berlaku kami definitely akan memberitahu kepada
10:00pengguna kami lah jika ia berlaku ke kepada platform kami. Okey mungkin
10:06yang terakhir aa berbagikan lebih kurang dua minit kalau kita
10:09lihat pensijilan syariah lunur ni biasanya ada tempoh sah. Jadi
10:13apa akan jadi kepada pelaburan pengguna jika sesuatu coin itu
10:16tiba-tiba ditarik balik status sepatu syariahnya pada masa akan
10:19datang? Ya dalam situasi jika status syariah ditarik balik aa kami
10:25akan memaklumkan kepada pengguna mengenai situasi ini dan pengguna
10:29sendiri aa sebenarnya mempunyai pilihan sama ada untuk terus
10:33memegang aset tersebut atau menukarkannya kepada aset lain yang
10:37patuh syariah. Jadi jika ini berlaku kami akan berkomunikasi dengan
10:41pelanggan-pelanggan kami dan aa pelanggan berhak untuk membuat
10:45keputusan yang sesuai dengan apa yang bersesuaian dengan mereka.
10:49Baik terima kasih di ucapkan kepada Amalina Tarmizi. Kalau kita
10:53lihat beliau adalah pegawai amkanan LUNA Malaysia kerana bantu kita
10:57faham tentang pematuhan syariah dalam aset digital dan semuanya akan
11:01kami rangkumkan dalam semua platform digital astroowni dan
11:03juga astroowni.com
Comments