00:00Seterusnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP telah menjalankan semakan terperinci susulan kerugian yang direkodkan oleh 12 syarikat-anak syarikatnya seperti
00:09dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Selasa.
00:13Menggulung perbahasa laporan itu, Timbalan Menteri Kewangan Liu Chin Tong berkata KWSP meletakkan kerugian berkenaan kepada 5 kategori utama berdasarkan
00:22faktor asas peniagaan dan pelaburan.
00:26Kategori pertama berkaitan struktur modal dan dalam struktur ini, penggunaan pinjaman pemegang saham kepada subsidiary membolehkan KWSP menjana pulangan dalam
00:35bentuk faedah dengan lebih cekap dari segi percukaian dan pengurusan aliran tunai.
00:39Bagaimanapun, apabila keuntungan subsidiary dinilai selepas dengan berkira kos faedah, kerugian direkodkan di peringkat entiti.
00:46Jelasnya perlu ditegaskan bahawa nilai pasaran aset dalam subsidiary ini melebihi kos pemerolehannya menunjukkan asas pelaburan kekakukuh dan kerugian yang
00:54dilakukan adalah berkaitan perekaunan, bukannya mencerminkan kemerosotan sebenar nilai pelaburan.
01:00Kategori kedua katanya membabitkan syarikat pada fasa awal pelaburan yang lazim dirujuk sebagai kluk J.
01:06Menurut Cintong, kerugian awal pada peringkat ini adalah perkara biasa sebelum pelaburan matang dan mula menjana pulangan stabil.
01:13Pelaburan ini dijangka memasuki fasa pelupusan dan menjana pulangan besar bermula sekitar 2027.
01:19Kategori ketiga pula membabitkan pelarasan nilai saksama belum direalisasi.
01:23Kerugian yang direkodkan di bawah kategori ini adalah berkaitan perekaunan dan tertakluk kepada turun naik keadaan pasaran semasa.
01:30Manakala kategori keempat pula katanya berkaitan struktur perniagaan di mana sesetengah subsidiary mungkin mencatatkan kerugian,
01:36namun pelaburan keseluruhan masih menjana pulangan kepada KWSP melalui faedah dan dividen.
01:42Nilai saksama pelaburan ini kekal jauh lebih tinggi daripada kos asal sekaligus menunjukkan kedudukan aset bersih yang positif dan daya
01:49tahan walaupun terdapat cabaran di peringkat entiti tertentu.
01:53Terima kasih telah menonton!
Comments