00:00Governor New York Kathy Harchul pada selasa menggesa pentadbiran Donald Trump supaya meluarkan bayaran balik tarif berjumlah $13.5 bilion
00:08selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat membatalkan pelaksanaan tarif besar-besaran yang diperkenalkan presiden itu.
00:15Menurutnya tarif berkenaan menyebabkan perata isi rumah di New York menanggung tambahan kos dianggarkan $1,721 sepanjang tahun lalu selain
00:24menjejaskan perniagaan kecil di negeri itu.
00:28Tegasnya tarif yang tidak masuk akal dan menyalahi undang-undang itu hanyalah satu bentuk cukai ke atas pengguna New York,
00:35perniagaan kecil dan petani.
00:37Harchul menyertai Governor Illinois J.B. Pritzker dan Governor California Gavin Newsom yang minggu lalu terus menggesa presiden dari parti
00:45Republikan itu supaya memulangkan semula kutipan berkenaan susulan keputusan Mahkamah Agung.
00:50Ketiga-tiga Governor daripada parti Demokrat itu antara pencabar berpotensi dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2028.
00:58Tahun lalu sejurus kembalikan White House bagi penggal kedua, Trump mengenakan kadar tarif berbeza ke atas kebanyakan negara di dunia.
01:07Langkah digelar sebagai Liberation Day itu berdepan cabaran undang-undang daripada komuniti perniagaan dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.
01:14Juru cakap White House berkata, Trump menggunakan tarif untuk melaksanakan dasar yang sebelum ini hanya diperkatakan oleh Demokrat.
01:23Laporan Reuters minggu lalu memetik ahli ekonomi Penn Walton yang menganggarkan lebih $175 bilion kutipan tarif Amerika berpotensi tertakluk kepada
01:32bayaran balik.
01:34Setusaha perbandaraan Scott Benson sebelum ini berkata, isu bayaran balik tarif itu akan ditentukan oleh Mahkamah Rendah.
Comments