Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Operasi memadam kebakaran melibatkan kilang plastik di kawasan perindustrian Senai masih diteruskan selepas kebakaran besar berlaku di Jalan Sengkang pada petang Selasa.
Transcript
00:00Operasi memadam kebakaran melibatkan kilang plastik di kawasan perindustrian senai masih diteruskan selepas kebakaran besar berlaku di Jalan Sengkang pada
00:09petang selasa.
00:10Komander Operasi Penolong Penguasa Bomber PPGB Muhammad Fauzi Awang kata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4
00:19.37 petang.
00:21Menurutnya 39 anggota dari BBP Kulai, BBP Bandar Baru Kulai serta BBP Sekudai dikerah ke lokasi bersama kekuatan 3 jentera
00:31FRT, 1 CFRT, 1 Hilux, 1 Triton dan 2 lori.
00:36Kebakaran melibatkan sebuah stor plastik dengan anggaran kemusnahan sekitar 80%.
00:42Beliau berkata operasi pemadaman turut menerima bantuan daripada pihak MMHE melibatkan 11 anggota bersama 20 tong buih berkapasiti 20 liter
00:53setiap satu selain bantuan foam tambahan dari negeri berdekatan yang telah diatur gerak ke lokasi.
01:00Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.39 malam namun operasi pemadaman diteruskan sehingga awal pagi Rabu.
01:08Pada jam 7 pagi Rabu, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 60% dan dianggarkan masih berbaki 40% untuk dipadamkan
01:17sepenuhnya.
01:18Tiada mangsa dilaporkan dalam perjadian tersebut setakat ini dan operasi pemadaman masih diteruskan bagi memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya dan kawasan
01:27berada dalam keadaan selamat.
Comments

Recommended