Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan tidak membenarkan jalan raya awam yang dibina di atas tanah milik Kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, khususnya jalan utama kerana ia merupakan aset awam dan strategik negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kerajaan tidak membenarkan jalan raya awam yang dibina di atas tanah milik kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta,
00:08khususnya jalan utama kerana ia merupakan aset awam dan strategik negara.
00:12Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Nuh menegaskan,
00:18pemilikan tanah serta status jalan berkenaan sebagai jalan awam kekal di bawah kerajaan dan tidak boleh dipindah milik sewenang-wenangnya.
00:25Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu, Prabakaran M. Parameswaram, di Dewa Rakyat,
00:31sama kerajaan akan membenarkan jalan raya yang dibina atas tanah kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta.
00:39Kerajaan tidak membenarkan jalan raya awam yang dibina di atas tanah milik kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, khususnya
00:48jalan utama kerana ia merupakan aset awam dan strategik negara.
00:53Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu, penglibatan pihak swasta adalah terhad kepada pengurusan atau penyenggaraan jalan melalui perjanjian konsesi
01:03tanpa menjejaskan pemilikan kerajaan ke atas tanah atau status jalan tersebut sebagai jalan awam.
01:10Bagi memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara dan akses awam tidak disekat sewenang-wenangnya,
01:17sebarang penutupan, pelupusan atau perubahan status jalan adalah tertakluk kepada pewartaan serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan
01:27di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 atau di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta
01:37133
01:38serta Kanun Tanah Negara 1965, Akta 828.
01:44Proses ini melibatkan penelitian oleh Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan, kelulusan pihak berkuasa negeri
01:52serta keperluan penyediaan laluan alternatif yang setara atau lebih baik sekiranya melibatkan akses awam.
02:00Kerajaan kekal komited untuk memastikan setiap keputusan yang berkaitan dengan rangkaian jalan awam
02:05dibuat secara telus dan berimbang untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin.
Comments

Recommended