Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Pemilik kenderaan pacuan empat roda yang tular dalam media sosial kerana memaparkan tulisan Ibrani (Hebrew) mendakwa sudah menggunakan pelekat berkenaan sejak 2012 dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Israel.
Transcript
00:00Pemilik kenderaan Pajuan Empat Roda yang tular dalam media sosial kerana memaparkan tulisan Ibrani atau Hebrew mendakwa sudah menggunakan pelekat berkenaan sejak 2012 dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Israel.
00:14Lelaki berusia 59 tahun itu yang merupakan pesara kerajaan tampil membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Gemencih selepas dimaklumkan oleh adiknya bahawa kenderaan miliknya tular di media sosial kerana dikaitkan dengan mesej pro-Israel.
00:30Menurut Ketua Polis Melaka, Dato' Zulkairi Mukhtar, siasatan awal mendapati suspek menempah pelekat tersebut di sebuah kedai di Selangor sejak 13 tahun lalu kerana minat terhadap pelbagai tulisan asing termasuk Greek, Rusia dan Ibrani.
00:46Jelasnya pelekat bertulis Malaysia by Tenu pada kenderaannya itu bermaksud Malaysia rumahku dan hanya melambangkan semangat cintakan tanah air bukan mesej provokatif seperti yang disalah tafsir warga maya.
01:00Pemilik mendakwa tulisan itu diolah daripada frasa Israel by Tenu namun beliau menukar perkataan Israel kepada Malaysia bagi menggambarkan kecintaannya terhadap negara.
01:10Ini yang kita dapat kita tampal daripada yang kita dapati tampal di kenderaan tersebut ni iaitu Malaysia by Tenu bermaksud Malaysia rumahku.
01:23Ianya dibuat hasil dia pernah terlihat satu tulisan yang bermaksud iaitu Israel rumahku.
01:39Ini ialah tulisan Hebrew eh.
01:41Kemudian dia telah olah tulisan ni daripada Israel ni dia tukarkan kepada Malaysia.
01:46Malaysia, Malaysia, Betenu.
01:51Okey, ini yang kita dapat asyik daripada kita punya rakaman percakapan awal lah.
01:59Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kenyataan sudah diambil, siasatan masih diteruskan bagi memastikan tiada unsur lain termasuk mendapatkan pandangan pakar bahasa.
02:09Zulkairi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 505 Kurungan B Kanun Kesiksaan kerana menimbulkan ketakutan awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi.
02:28Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended