Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Penganjuran Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE) 2025 bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan menyeluruh ekosistem inovasi negara.
Transcript
00:00Panganjuran Expo Inovasi dan Pengkomersialan Negara NICE 2025 menjadi pemangkin kepada pembangunan menyeluruh ekosistem inovasi negara.
00:08Ketua Pegawai Strategi Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation Meranti, Khalid Yashaya berkata,
00:15NICE 2025 merupakan evolusi daripada Sidang Kemuncak Malaysia Commercialization Year MCY Summit yang telah dianjurkan sejak tahun 2016 dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan inklusif.
00:26Tahun ini kita mengikut pengurusan MOSTI, kita gabungkan beberapa platform dan event daripada pelbagai pihak menggabungkan pemegang taruh supaya they can come together.
00:41So this year MCY Summit telah evolve kepada NICE which is National Innovation and Commercialization Expo which runs for 4 days and kita dapat lebih ramai vibrant community lah to come together.
00:54Kita kejayaan atau kita meraih kemenangan mereka ini bersama-sama tetapi dengan lebih ramai penyertaan.
01:05Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Expo Inovasi dan Pengkomersialan Negara NICE 2025 di Kuala Lumpur pada Isnin.
01:15Menurut Khalid, NICE 2025 akan menghimpunkan pelbagai komponen penting termasuk pameran teknologi, persidangan dasar, padanan penyagaan serta pelancaran pelan tindakan kebangsaan semuanya di bawah satu bumbung.
01:29Dalam pada itu, Ketua Pegawai Ekosistem Meranti, Saufwan Zahiri berkata,
01:35iNation, komponen utama dalam Penganjuran Nasional Innovation and Creative Economy Expo NICE 2025,
01:42bakal menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemikir, penyelidik dan pemain industri dalam usaha memperkukuh ekosistem inovasi negara.
01:51Bukan sangat persidangan, tapi ialah merupakan tempat inovator, penyelidik, start-up, teknologi SME, akademia, kerajaan, agensi dan juga orang ramai.
02:06Tempat di mana mereka boleh bertemu, di mana mereka boleh berkongsi idea, berkongsi tentang idea khususnya idea berkenaan dengan inovasi.
02:16yang spesifiknya inovasi akan memberikan impak kepada negara.
02:22Sementara itu, pengarah komuniti strategik Meranti, Adit Rahim berkata,
02:26persidangan iNation yang menjadi komponen utama dalam NICE 2025,
02:29bakal menampilkan pelbagai sesi menarik yang menyentuh isu teknologi dan sosial semasa,
02:35dengan perdekatan praktikal merangkumi dasar inovasi dan impak kepada masyarakat.
02:40Jadi, pengisiannya untuk NICE 2025 ini sangat-sangat komprehensif.
02:47Hari pertama, kita bercerita tentang dana.
02:50Jadi, mana-mana inovator, mana-mana pencelidik, mana-mana orang yang nak membangunkan produk,
02:55datanglah hari ini.
02:56Petang ini memang kita cerita semua berkenaan dengan dana.
02:59Fun Connect.
03:00Besok, kita bercerita pasal AI, kita bercerita pasal health tech.
03:04Lusa pula, kita gabungkan, sorry, Lusa pula, kita akan bercerita tentang agritay,
03:13bagaimana kita committed untuk menyelesaikan isu keterjaminan makanan.
03:20Dan juga pada masa yang sama, nak membangunkan usahawan-usahawan di Malaysia
03:24daripada segi penghasilan pemakanan.
03:27Sesi ini turut membincangkan potensi Malaysia untuk muncul sebagai kuasa teknologi utama di rantau ASEAN.
03:36Orang ramai dijemput menghadiri NICE 2025 dari 6 hingga 9 Oktober di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur
03:42yang mana acara memainkan peranan dalam membentuk masa depan Malaysia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

14:43
Up next