Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa dan kerosakan besar akibat banjir kilat yang melanda beberapa wilayah di Bali, Indonesia.
Transcript
00:00Sebuangan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukecita atas kehilangan nyawa dan kerosakan besar akibat banjir kilat yang melanda beberapa wilayah Bali, Indonesia.
00:10Dalam perkongsian di Facebooknya, beliau turut menyatakan Malaysia bersolidariti dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan rakyat Republik itu dalam menghadapi detik penuh perik itu.
00:20Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mendoakan dan bersimpati dengan keluarga mangsa yang kehilangan nyawa selain mereka yang terjejas tempat tinggal dan punca pendapatan.
00:31Kata beliau, Malaysia berkongsi dukecita bersama rakyat Indonesia dan menitip doa sepanjang proses pemulihan.
00:37Memetik laporan Kompas, setakat ini angka korban meningkat kepada 16 orang.
00:41Sebelum ini, Badan Nasional Penanggulangan Bencana BNPB bersama Kerajaan Provinsi Bali mengisytiarkan status darurat bencana selama seminggu berikutan banjir yang meragut sembilan nyawa di beberapa wilayah itu.
00:54Status darurat itu pada awalnya dicadangkan berkuatkuasa selama dua minggu, namun dipindah kepada seminggu selepas penilaian menunjukkan keadaan tidak terlalu serius.
01:03Daerah yang terjejas teruk adalah Denpasar, Jemberana, Gianyar, Kelungkung, Bandung dan Tabanan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended