00:00Bertemu kembali, polis menafikan berlaku kejadian culik melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di Kuala Berang pada Rabu.
00:09Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Syarudin Abdul Wahab berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut merupakan OKU Autisma yang menerima rawatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDPK Kuala Berang.
00:23Beliau berkata, kanak-kanak itu keluar dari PDPK tanpa disedari sebelum ditemui orang awam sedang berjalan di tepi jalan utama.
00:33Katanya pihak PDPK menggunakan kaedah terapi mengikat tangan bagi melatihnya duduk diam, semasa makan dan dipersetujui ibunya.
00:43Bagaimanapun, kanak-kanak itu keluar tanpa disedari selepas pintu dibuka kanak-kanak lain.
00:47Beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut dan ibu mangsa turut membuat penafian bagi menolak spekulasi berhubung dakwaan penculikan yang tular di media sosial.
00:58Sehubungan itu, Syarudin menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan gambar atau video kanak-kanak terbabit demi menjaga nama baik keluarga mangsa serta institusi berkaitan.
01:08Terdahulu tular rakaman berdurasi 30 saat di platform media sosial yang meminta orang ramai berhati-hati kerana dipercayai berlaku kes culik di Kuala Berang.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments