00:00Tujuh anggota BRIMOP dari Polis Daerah Metro Jaya yang didakwa terlibat dalam insiden kematian pemandu ojek dalam talian Afan Kurniawan dikenakan penempatan khas selama 20 hari sementara menunggu siasatan jenayah terhadap mereka dijalankan.
00:14Anggota yang dikenakan tindakan termasuk Kompol Kosmas, Aipada M Rohani, Bribtu Danang, Bribda Madin, Baharaka Yohanis David, Baharaka Jana Edy dan Bribka Rohmat.
00:30Pelaporan CNN Indonesia menyebut siasatan awal mendapati mereka melanggar etika kepolisian dalam insiden yang berlaku pada Kamis malam di kawasan Pejompongan Jakarta Pusat.
00:41Menurut Ketua Divisi Propam Polri, Irijen Abdul Karim, kesemua anggota kini dianggap setaraf dengan suspek dalam siasatan jenayah dan akan melalui proses perundangan yang telus serta mengikut prosedur ditetapkan.
00:54Antara lain, penempatan khas selama 20 hari merupakan langkah disiplin awal sebelum tindakan lanjut diambil.
01:00Ia dilaksanakan di lokasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan berbeza daripada tahanan jenayah biasa.
01:06Polri memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan dengan teliti dan adil termasuk kemungkinan menetapkan status suspek secara rasmi selepas proses siasatan selesai.
01:15Afan Kurniawan, 21 tahun, maut selepas dilanggar dan digilis kenderaan taktikal berimob ketika sedang menghantar pesanan makanan.
01:22Mangsa sempat dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
01:27Rakaman insiden mangsa dilanggar yang tersebar luas di media sosial mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemandu ojek dan masyarakat awam.
01:33Dengan resahkan kuat dilaungkan agar keadilan ditegakkan dan anggota yang terlibat dikenakan hukuman setimpal.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments