00:00Insiden gangguan elektrik di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada Khamis berpunca daripada insiden flash-over atau lita pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.
00:13Malaysia Airports Holdings Berhad, MAHB, dalam satu kenyataan berkata bagaimanapun operasi lapangan terbang tidak terjejas sepanjang insiden tersebut dan semua perkhidmatan penting kekal beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.
00:30Tambah MAHB laporan penuh mengenai insiden ini sedang disediakan untuk dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Lok.
00:38Katanya pasukan teknikal bertindak pantas dengan mengalihkan bekalan elektrik daripada pencawang alternatif dan berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan kuasa dalam tempoh 28 minit.
00:49Jelas MAHB sistem kuasa sokongan termasuk penjana elektrik segera berfungsi bagi memastikan kelancaran sistem penting seperti pengendalian bagasi, kaunter daftar masuk dan paparan maklumat penerbangan.
01:03MAHB menegaskan komitmennya untuk mengekalkan tahap keselamatan, keboleh percayaan dan kesinambungan perkhidmatan yang tertinggi.
01:13Jelas kenyataan itu lagi penilaian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenalpasti langkah pencegahan sekaligus memastikan ketahanan infrastruktur pada masa depan.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments