Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Dasar Latihan Amali 1:3 akan dikuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari depan, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Transcript
00:00Dasar latihan amali 1 nisbah 3 akan dikuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan.
00:06Menteri Sumber Manusia Stephen Sim berkata pelaksanaan dasar berkenaan dilakukan secara berperingkat
00:11dengan fasa rintis sudahpun bermula 15 Februari hingga 31 Disember ini.
00:19Dasar itu menetapkan syarat setiap pengamberilan SPT Red Baharu perlu disertakan dengan 3 penempatan latihan amali untuk pelajar tempatan.
00:28Langkah tersebut menurut Stephen Sim dapat memastikan pemindahan kemahiran daripada SPT Red kepada tenaga muda tempatan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di negara ini.
00:39Sehingga kini lebih 550 majikan diluluskan pas pengajian SPT Red yang secara keseluruhan berpotensi mewujudkan lebih 8,500 penempatan latihan industri.
00:50Dasar itu dijangka menghasilkan lebih 30,000 peluang penempatan latihan industri setiap tahun melalui majikan atau organisasi yang menggajikan tenaga kerja SPT Red apabila dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.
01:05Pada masa sama tegas beliau kerajaan akan terus memperkukuh mekanisme pemantauan bagi memastikan kemasukan SPT Red benar-benar menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara serta mempercepatkan pemindahan kepakaran kepada pekerja tempatan.
01:20Inisiatif bagi menyeimbangkan keperluan SPT Red dengan pembangunan bakat tempatan itu digerakkan Kementerian Sumber Manusia melalui Kooperasi Malaysia Berhad Talent Corp.
01:32Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Gopeng Tan Ka Hing mengenai dasar semasa terhadap kemasukan SPT Red melalui pelaburan asing langsung FDI dan keberkesanan pemindahan kemahiran berlaku daripada SPT Red kepada warga tempatan.
01:50Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended