Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Klinik Ortopedik Hospital Kuala Lumpur berdepan kekurangan pegawai perubatan sehingga 62 peratus, menyebabkan pesakit terpaksa menunggu sehingga enam jam untuk mendapatkan rawatan
Transcript
00:00Klinik Ortopedik Hospital Kuala Lumpur mengalami kekurangan pegawai perubatan sehingga 62% menyebabkan tempoh menunggu mencecah sehingga 6 jam.
00:10Menterinya Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad menjelaskan situasi itu susulan pertukaran keluar pegawai yang mendapat pejawatan tetap, pegawai yang melanjutkan pengajian pasca siaswazah serta pegawai yang meletakkan jawatan tanpa pengganti.
00:23Dengan bilangan tenaga kerja terhad, katanya pegawai perubatan dan pakar perlu diagihkan ke beberapa lokasi termasuk WAD, Dewan Bedah, Pusat Rawatan Harian dan Klinik.
00:39Akibatnya hanya 5 pegawai perubatan dan 7 pakar ditugaskan di klinik untuk merawat antara 150 hingga 300 pesakit setiap hari.
00:47Ujah beliau disebabkan kebanyakan kes adalah kes kompleks, masa rundingan yang lebih panjang diperlukan sekaligus menyebabkan masa menunggu semakin lama.
00:56Perbincangan lanjut pihak hospital bersama mereka yang terlibat mendapati tata cara pemakluman berkaitan waktu menunggu boleh ditambah baik dengan mengambil kira tempoh rundingan yang berbeza-beza mengikut keperluan setiap pesakit.
01:09Menurutnya sekiranya masa menunggu terlalu panjang, maka pesakit atau waris diberi pilihan menukar tarikh temu janji baharu serta mendapatkan preskripsi ubat sehingga tarikh tersebut.
01:20Zulkifli berkata, Kementerian Kesehatan memahami cabaran pesakit berhubung isu kesesakan dan tempoh menunggu yang lama di fasiliti kesehatan.
01:27Subungan itu, Kementerian Kesehatan merancang untuk memperluaskan janji temu melalui aplikasi Masjatera ke klinik pakar hospital dalam tempoh terdekat.
01:35Janji temu melalui aplikasi Masjatera yang bermula 1 Januari 2023 setakat ini merangkumi 17 jenis perkhidmatan kesihatan termasuk klinik kesihatan dan klinik pergigian.
01:46Bila berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen sahabat bernam, Kalam Salan mengenai status siasatan terhadap aduan tempoh menunggu 6 jam di klinik ortopedik HKL.
Comments

Recommended