Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Adik kepada pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong, menyifatkan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung sebagai 'talam dua muka' kerana meneruskan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat sambil bercakap soal keamanan di Semenanjung Korea.
Transcript
00:00Bertemu semula, pemimpin Korea Utara Kim Yo Jong mengecam tindakan Korea Selatan yang mengadakan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat minggu ini, lapor Reuters pada Rabu.
00:11Adik kepada pemimpin agung Korea Utara Kim Jong Un itu menyifatkan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung sebagai talam dua muka kerana meneruskan kerjasama ketenteraan dengan Washington meskipun sering berkempen mengenai keamanan di semenanjung Korea.
00:25Kenyataan Yo Jong dibuat sesuatu latihan bersama Amerika Syarikat Korea Selatan yang disifatkan Pyongyang sebagai satu ungkapan jelas hasrat mereka untuk mencetuskan perang.
00:35Ia sekaligus mendekankan keperluan Korea Utara mempercepatkan pembangunan senjata nuklear.
00:40Sejak memegang jawatan pada Jun lalu, Presiden Lee berusaha memperbaiki hubungan dengan Korea Utara meskipun kedua-dua negara masih secara teknikal berada dalam keadaan perang sejak konflik 1950 hingga 1953.
00:51Namun, media rasmi Korea Utara sebelum ini sering melaporkan penolakan terhadap perlawanan dialog daripada Lee.
00:58Minggu ini, Presiden Korea Selatan itu mengarahkan kabinetnya melaksanakan sebahagian perjanjian sedia ada dengan Pyongyang secara berperingkat.
01:04Sebagai langkah awal, Korea Selatan telah mula menanggalkan pembesar suara yang sebelum ini menyiarkan propaganda anti-Korea Utara di sepajak sempadan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended