00:00Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pemantauan parasungai utama di Kelantan yang menunjukkan tren peningkatan susulan hujan berterusan di negeri ini sejak episod pertama Monsun Timur Laut MTL bermula pada minggu lepas.
00:16Menurut Ketua Pesuruh Jaya APM Muhammad Abidin Abdul Rahman, pemantauan rapi di lapangan melibatkan agensi penyelamat dan jabatan teknikal amat penting bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika berlaku situasi kritikal.
00:32Jelas beliau beberapa sungai utama di Kelantan kini berada pada paras yang memerlukan perhatian berterusan dengan hujan yang masih berlarutan dan keadaan ini meningkatkan risiko limpahan khususnya di kawasan rendah.
00:43Beliau berkata episod pertama hujan lebat MTL ketika ini telah menjejaskan beberapa daerah termasuk Tumpat, Bacok, Kota Baru dan Pasir Putih.
00:53Mengulas tentang kesiapsiagaan, Muhammad Abidin berkata sebanyak 1,200 pegawai dan anggota APM telah diaktifkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan selain 91 aset darat dan air seperti bot fiber, bot tempoh dan lori pelbagai guna berada dalam keadaan siapsiaga.
Be the first to comment