Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
METMalaysia jelaskan banjir MTL turut dipacu perubahan guna tanah, sistem saliran dan pemanasan global, dengan hujan ekstrem dijangka lebih kerap sepanjang musim.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kejadian banjir sepanjang monsoon Timur Laut MTL bukan bergantung pada jumlah hujan semata-mata.
00:06Sebaliknya, menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi MED Malaysia, Ambon Dindang, ia turut dipengaruhi faktor daratan seperti perubahan guna tanah, kepadatan penduduk dan keberkesanan sistem saliran setempat.
00:20Beliau berkata faktor perubahan iklim dan pemanasan global turut memberikan tekanan kepada sistem cuaca sedia ada menyebabkan cuaca ekstrim berlaku dengan lebih kerap dan intensif berbanding sebelumnya.
00:34Jelasnya cuaca ekstrim akan menjadi lebih kerap dan lebih intensif kerana setiap satu darjah pemanasan global membolehkan atmosfera menyimpan 7% lebih banyak kelembapan yang membawa kepada hujan lebih lebat.
00:45Ambon berkata pemanasan suhu air laut juga mendorong fenomena pemutihan terumbu karang, manakala pencairan ais di Kutub dan Glacier menyebabkan paras laut meningkat sekaligus memberikan implikasi tambahan kepada negara pesisir seperti Malaysia.
00:59MAP Malaysia katanya akan terus memperkukuh ketiga-tiga komponen sistem amaran awal iaitu pengumpulan data, pemprosesan data dan penyebaran maklumat bagi memastikan kesiap syagaan negara dapat dipertingkatkan serta tindakan awal dapat diambil sebelum hujan lebat melanda.
01:15Menurut Ambon, amaran awal yang dihasilkan model cuaca paling dipercayai adalah dalam tempoh kira-kira tiga hari namun maklumat akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa apabila perubahan atmosfera dikesan.
01:29Pada Oktober, MAP Malaysia menjangkakan antara 5 hingga 7 episod hujan lebat berlaku sepanjang MTL 2025-2026 bermula dari awal November dan berterusan hingga Mac 2026.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended